Rabu, 18 November 2009

mari baca..

sahabat..

Kata-Kata Hikmah

Harap itu umpama seseorang yang menabur biji benih ke tanah yang subur kemudain dijagai daripada binatang dan segala yang merosakkan serta disirami dengan air sehingga menunggu kurniaan dari Allah. Maka itu dinamakan harap yang sebenar.

Motivasi Kejayaan



Tips bagaimana untuk melatih diri supaya sentiasa bersangka baik [bahagian 2]

Posted: 27 Oct 2009 03:41 PM PDT

Bagaimana untuk melatih diri supaya sentiasa bersangka baik?

Ikuti dua tips dibawah:

1. Tips pertama, melalui lakonan.
Pada peringkat permulaan, melatih diri untuk sentiasa bersangka baik sesuau yang amat mencabar bahkan amat susah. Nak bersangka baik tu senang tapi nak mengekalkannya tu yang payah.

Kita ni makhluk beremosi dan bertabiat. Nak mengekalkan sesuatu tabiat yang baru dan emosi yang baru, amat mencabar.

Penyelesaian terbaik adalah dengan sentiasa melakokan sikap baru tu. Cuba buat perlahan-lahan, satu persatu.

Mulai hari ini, berlakonlah untuk menjadi orang yang suka bersangka baik pada semua orang-orang disekeliling, pada setiap apa yang mereka lakukan, pada semua perkara, benda dan semua situasi-situasi yang kita temui.

Lakonkannya selalu – buat dengan cukup bagus sekali sepanjang masa, setaraf pelakon professional. Lama kelamaan lakonan yang dibuat akan diserap menjadi tabiat kita lalu menjadi perangai kekal dalam diri kita.

Kesannya, ia akan menjadi satu kebiasaan. Kita rasa normal melakukannya.

2. Tips kedua, melalui pembaikan diri berterusan.
Cari mana-mana perangai kita yang kita rasa tak bagus, yang kita rasa kena diubah cepat-cepat. Sikap suka bersangka baik tak akan kekal lama apabila kita kurang ada inisiatif untuk memperbaiki akhlak kita dari sehari ke sehari secara berterusan.

Bersihkan hati selalu dengan lafaz istighfar yang lahir terus dari hati, diiringi rasa kemaafan yang mendalam. Tiap kali sangkaan-sangkaan buruk masuk ke fikiran, buang cepat-cepat kemudian lafazkan istighfar.

Maafkan diri sendiri kemudian berjanji untuk tidak mengulanginya di lain kali.

Tips bagaimana untuk melatih diri supaya sentiasa bersangka baik

Posted: 27 Oct 2009 03:20 PM PDT

Attitude positif akan membuat kita bertemu dengan situasi-situasi positif, orang-orang positif dan perkara-perkara positif. Begitu juga sebaliknya. Attitude negatif akan membuat kita bertemu dengan situasi-situasi negatif, orang-orang negatif dan perkara-perkara negatif.

Attitude adalah sikap kita, iaitu akhlak kita.

Jika kita mahu jadi orang berjaya dan tekad mengubah diri menjadi supaya menjadi orang berjaya, itu maknanya kita ada attitude positif. Untuk mengenali attitude seseorang, perhati baik-baik perkataan yang selalu dicakapkan olehnya, perilakunya dan kejujurannya.

Attitude positif membuat kita berjumpa dengan pintu-pintu kejayaan, membuat kita mempunyai sikap orang berjaya yang akan membuat kita dapat memperoleh kejayaan. Attitude negatif membuat kita berjumpa dengan pintu-pintu kehancuran. Pintu kejayaan dan pintu kehancuran sentiasa terbuka untuk kita, cuma bergantung pada keputusan kita untuk memilih yang mana satu kemudian kekal di dalamnya.

Pilihlah untuk masuk ke pintu-pintu kejayaan sebab itu pilihan terbaik untuk kita di dunia dan di akhirat. Pilih untuk menerapkan attitude positif dalam diri supaya kita boleh jadi orang berjaya – berjaya dalam pelajaran, dalam kerjaya, dalam kekeluargaan, perniagaan, berjaya dalam ibadah kita sebagai orang Melayu beragama Islam.

Cemana nak mula? Simply dengan melatih diri untuk bersangka baik dengan orang lain juga dengan apa jua perkara yang mereka lakukan, walaupun kekadang ada perbuatan mereka nampak amat buruk di mata kita.

Motivasi diri – bagaimana untuk mendorong diri sendiri jadi rajin berusaha

Posted: 27 Oct 2009 02:59 PM PDT

Time saya menyiapkan artikel kali ni, saya baru saja sampai dari Kota Kinabalu dan sekarang baru jam 5:07 minit pagi. Saya tak nak biarkan waktu yang berharga berlalu begitu saja tanpa ada apa-apa pengisian.. 2 hari di Kota Kinabalu saya ditemukan dengan bermacam-macam ragam orang bekerja.

Ketika itu saya tertanya sendiri apa yang membuat mereka rajin bekerja dan motivasi cemana yang mendorong mereka jadi rajin. Rajin yang sememangnya amat rajin lebih dari sekadar rajin tahap biasa. Yang pasti, cuma satu perkara membuat mereka tangkas – matlamat. Setiap hari mereka ada matlamat yang perlu dikejar dan kena diselesaikan hari itu juga.

Selepas itu, bila matlamat sudah berjaya di capai barulah mereka relaks sekejap, pastui kerja keras lagi. Siapa mereka yang saya maksudkan ni? Staf-staff kerajaan yang sempat saya bawa bersembang di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kota Kinabalu. Tiap hari mereka ada matlamat tersendiri.

Bukan matlamat difikiran saja tapi matlamat bertulis. Siap dengan tarikh matlamat tu kena dicapai dan tempoh ‘deadline’ untuk ia dicapai. Setiap orang ada matlamat yang diset untuk diri masing-masing oleh ketua mereka. Wow..kerja mereka amat tersusun. Saya mempelajari sesuatu.

Untuk kita memunculkan kejayaan-kejayaan kecil dalam apa yang kita usahakan, matlamat-matlamat kecil mesti diletak supaya kita ada dorongan untuk menjadi rajin berusaha. Jika tidak, sudah tentu kita akan malas lalu terperangkap dengan kemalasan yang muncul dari keselesaan berpanjangan. Kerajinan orang lain yang saya lihat saya garap untuk peringatan pada diri sendiri.

Maka, jika kita nak jadi orang berjaya, bersama-samalah kita melatih diri untuk menjadi rajin. Desak diri menjadi rajin dengan meletak matlamat-matlamat yang mesti dicapai. Bukan perlu dicapai, bukan harus dicapai tapi mesti dicapai.

Antara perlu, harus dan mesti, setiap perkataan memberi kesan berbeza pada tahap motivasi kita. Gunakan perkataan ‘mesti’ supaya kita bersemangat sentiasa – kesannya, membuat motivasi kita berada pada tahap tinggi tanpa kita sendiri menyedarinya.

Hargai Mereka Yang Menghargai Anda

Posted: 26 Oct 2009 05:32 PM PDT

Salah satu cara anda bersyukur, adalah dengan menghargai mereka yang menghargai anda. Selain mengucapkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas segala kurniaNya, kita juga perlu menjaga hubungan baik sesama manusia. Kuncinya, pertama dahulukan hubungan dengan Tuhan, kemudian jaga hubungan sesama manusia.

Hargai Mereka Yang Menghargai Anda
Di dalam kehidupan, kita perlu menghargai semua yang ada. Dengan ini, kita lebih menghargai dan bersyukur. Namun, untuk menyemai sifat ini di dalam hati, bukannya mudah. Jadi, mulakan dengan yang paling mudah! Ya, hargai terlebih dahulu mereka yang menghargai anda.

Satu persoalan mudah daripada saya, bilakah kali terakhir anda memberitahu kepada seseorang yang anda kenali, bahawa kehadirannya di dalam hidup anda menjadikan kehidupan anda lebih bermakna? Ya, seseorang itu mungkin ialah ibu bapa anda, adik beradik anda, kawan-kawan anda, atau sesiapa sahaja. Bilakah kali terakhir anda mengucapkan terima kasih atas segalanya?

Sumber Foto : http://artpuddle.blogspot.com/

Sumber Foto : http://artpuddle.blogspot.com/

Tips hari ini, ucapkan terima kasih dan hargai mereka. Jika anda berasa malu untuk mengucapkannya sendiri, pilih jalan yang lebih mudah. Kirimkan sms! Atau, tuliskan sesuatu yang bermakna di dinding FB mereka :) Ya, buat mereka rasa di hargai.

Ingat, dengan lebih menghargai dan menebarkan kasih sayang, anda juga akan menerima kasih sayang daripada mereka, berganda-ganda! Nikmati dan jalani kehidupan anda dengan penuh kasih sayang dan saling menghargai. Ucapkan terima kasih dan hargai mereka yang menghargai anda.

Salam Kejayaan

Isnin, 2 November 2009

hayatilah...

Hidup ini ibarat roda..kadang2 kita di atas,kdang2 kita di bawah.

Bicara Khalifah