Khamis, 30 Mei 2013

PELAJAR SEDIAKAN PROFIL GELANDANGAN BANTU PIHAK BERKUASA

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Seramai 104 pelajar program Dakwah dan Pengurusan Islam dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Tahun 3 telah pun berjaya menjalankan program Khidmat Gelandangan (Khidmat-G) iaitu untuk mendapatkan kajian profil terhadap masyarakat gelandangan di sekitar bangunan Darul Jami’yah, Kuala Lumpur.

Program yang mendapat kerjasama dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutusan (JAWI) telah bermula pada jam 10 pagi dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh JAWI dan USIM berkaitan tugasan yang akan dijalankan pada hari berkenaan.

Menurut Dekan FKP, YBhg. Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani, program sebegini adalah galakan kepada para pelajar untuk menjadi insan Al-Abrar yang akan membantu Universiti mempergiatkan aktiviti community engagement di kalangan pelajar untuk berbakti kepada masyarakat.

“Masyarakat gelandangan dipilih sebagai subjek kajian adalah untuk membuktikan bahawa kita semua tidak meminggirkan mereka. Lebih-lebih lagi jika golongan mahasiswa Universiti sendiri turut menzahirkan rasa simpati dengan mengadakan program sehari bersama mereka,” katanya lagi ketika ditemubual.

Salah seorang peserta program iaitu Mohd Razmil Rizal Aminan berkata, pengalaman bersama gelandangan ini merupakan perkara baru kepada pelajar.

“Mereka memberi kerjasama yang baik dengan berkongsi pelbagai kisah sedih dan duka sepanjang menjadi gelandangan”

“Ini merupakan aktiviti kemasyarakatan di mana, dengan adanya kajian terhadap gelandangan ini, pihak kami dapat membantu mengutip maklumat yang tepat dan seterusnya menyerahkan kepada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Program yang berakhir kira-kira jam 4.00 petang itu berjaya mengumpul lebih dari 100 profil gelandangan dan laporan lengkap akan disediakan dengan segera untuk dihantar kepada pihak yang berwajib.

Disediakan oleh;
Fauziah Hassan
Tutor Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Disunting oleh :
Mohd Zaini Othman
Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)  

Selasa, 14 Mei 2013

Tika ini

Assalamualaikum..

Tika ini..ye..tika ini..pelbagai perkara telah berlaku dalam kamus hidupku.. tanggal 12 Mei yang lepas, cukup ahli 7 sekeluarga berkumpul di Melaka..perancangan ALLAH amat sempurna..alhamdulillah.. Senyuman gembira hilang di bibir ibuku..

Ye..tika ini..kepala penuh dengan assignments yang entah bila la nak siap..research proposal..tika ini jualah..ujian datang..tika ini jualah perasaan malas membelenggu diri.. 3 minggu lagi kuliah..tetapi daun palas makin banyak membelit diri..perasaan rasa nikmat mencari ilmu menurun..kenapakah???

Muhasabah..ye..tika itu.. muhasabah..memberi peringatan kepadaku..apakah matlamatmu??? adakah redha ALLAH telah kau temui??? sudah cukupkah ilmu dan amal yang kau ada dan laksanakan???

Wahai diri hamba ALLAH, bangkitlah..ingat pesanan ibu ayahmu..keluargamu.. Indahnya motivasi dari Ilahi..bersujud..merintih..merayu..berdoa padaNYA..memberi ketenangan dan harapan baru..

Tika ini..aku harus belajar..belajar melawan kehendak sendiri yang boleh memusnahkan diri..

Doa dan usaha harus seiring..

Assignments..

Usaha...

Doa...

Tawakkal..

Berjaya..

Redha ALLAH..

Tika Ini...

Ya ALLAH..

................................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

Bicara Khalifah