Jumaat, 20 Disember 2013

Countdown

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..setelah hampir tiga bulan membiarkan blog sunyi tanpa berita..hanya kadangkala membukanya hanya untuk membaca intipati yang ada..

Alhamdulillah..nyawa masih lagi diberi pinjam oleh Rabbul I'zzati..

Subhanallah..

Alhamdulillah..

Allahu Akbar..

16 Safar 1435H bersamaan dengan 19/12/2013 adalah tarikh yang terakhir bagi kami untuk bersama-sama di kampus USIM. Tarikh ini adalah last tutorial..dan 18hb adalah last kuliah..dikesempatan yang ada kami mencipta pelbagai kenangan dan merakam gambar2 bersama tutors, lecturers and friends. Ada yang menitiskan air mata..aku pulak malas nak layan perasaan mengenangkan akan berpisah dengan sahabat2..lagipun..ada pepatah menyebut..jangan tangisi perpisahan sebaliknya tangisilah pertemuan kerana setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan..

Sem 7..ia amat berbeza dengan semester2 lepas..kwn2 sebilik dan serumah yang berbeza program..tapi..aku amat gembira..balik kelas, kami hanya berkongsi ilmu yang kami belajar dan bertukar pendapat..tiada lagi gosip2..hehe semua ni membantu aku menambahkan ilmu..jika masing2 perlukan bantuan..pasti akan ada yang sudi membantu..kadang2 solat jemaah sama2..tiada lagi tengok cerita secara berjemaah..hehe

Countdown..dengan berakhirnya kuliah..maka bermulalah sesi study week..kali ni pendek je tempohnya.. Final exam bermula 2-5hb 1 dan sambung pd 7-9hb..amat padat..dah la subjek arab..xpe2..misi mesti diteruskan..!!!

Countdown..thesis..alhamdulillah..slpas 7x berjumpa SV barulah aku dibenarkan untuk ke bab 2..alhamdulillah..aku dapat belajar bnyak perbezaan antara thesis dalam bi dengan bahasa arab..tu pun sampai n#&4!5..he3 tapi lepas tu ustaz jadi baik denganku n x straight sgt..semua kwn2 terkejut bila aku bgtau 7x jumpa utk proposal..walau apa pun..alhamdulillah..bab 2 aku dah tunjuk kat ustaz separuh..dan perlu baiki mana patut.. sebenarnya, kami harus hantar thesis selewat-lewatnya 19hb 1..dan ia haruslah telah siap dibukukan.. Ustaz pesan pada kami agar tidak menghiraukan isu penghantaran..hanya fokus dan usaha utk siapkannya sahaja. Tanpa pengetahuan SV, aku dah set up tarikh (25hb 12) dengan salah satu kilang di Nilai untuk membuat temubual bagi menyiapkan thesisku..alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan urusanku..

Countdown..insyaAllah pada 21-24/1/2014 aku dan rakan-rakan sekelas akan ke Vietnam bagi menyelesaikan misi Lawatan Antarabangsa kami.. semua persiapan dah dibuat dan menunggu tarikh untuk bertolak..(dana ada tak cukup)huhu

Countdown.. Homesick..nak balik..rindu umi abah n kampung halaman..kucing2..periuk senduk..kuali sudip..semua lah..rindu masakan kat rumah..sob sob.. 

Wassalam..

Last kuliah bersama En. Muhammad ..hari isnin yang lepas..datang lewat duk belakang la..he3

Bicara Khalifah