Jumaat, 26 Februari 2010
10 Tip Cemerlangkan Diri
1. Sediakan waktu khusus untuk membaca, memikirkan dan mengkaji bacaan anda. Bacaan sebaiknya diperluas dari sekadar bidang ilmu atau pekerjaan yang kita lalui semata. Meski hanya satu kata, berusahalah menyerap informasi baru. Sistematikkan cara berfikir dengan aktif, dan ia akan dapat terbentuk melalui bacaan yang terus menerus dan istiqamah. Jangan takut berkorban untuk membeli bahan bacaan yang bermanfaat, wujudkanlah mini library di rumah atau pejabat anda.
2. Khususkan waktu tertentu untuk menyendiri dan merenung sekitar 15 minit sehari. Waktu paling tepat sebelum subuh. Dengan duduk rileks, nafas teratur dan mata terpejam renungkanlah sesuatu tanpa perlu ada ‘judulnya’. Disertai dzikir lebih baik.
3.Pertahankan stamina spiritual anda melalui ibadah yang rutin. Seperti minima qiyammulail 4X seminggu, puasa sunnah 3X sebulan, solat berjamaah, membaca Al Qur’an 5 lembar sehari, dzikir pagi dan petang hari (mathurat) dan sebagainya.
4. Jagalah keadaan fizikal anda dengan makan teratur dan bergizi, istirehat cukup dan aktiviti riadah yang konsisten. Jika pekerjaan anda lebih banyak menggunakan otak, perbanyak protein dan vitamin, khususnya vitamin C. Buah yang paling bagus pengaruhnya terhadap otak adalah epal. Sementara itu, terlalu banyak tidur akan membuat anda mudah mengantuk. 4 jam tidur yang berkualiti sudah cukup bagi orang dewasa. Ketika bangun, bukalah mata perlahan dan jangan bangun terus dari tempat tidur. Biasakanlah berwudhu segera setelah bangun tidur untuk mengembalikan konsentrasi anda. Dada dan bahagian punggung ke belakang adalah bahagian fizikal yang sangat menentukan emosi kita. Push up sangat baik untuk kekuatan dada. Sedang memanah, berkuda dan berenang baik untuk tulang punggung. Amalkan jogging sekitar 4km, sekurang-kurangnya 3kali sehari.
5. Tingkatkan kepekaan emosional anda melalui kegiatan dengan masyarakat, membaca Sastera, novel atau cerpen islamis dan menikmati seni. Ini berguna untuk menghaluskan perasaan.
6. Buatlah perancangan ziarah dan lawatan tarbawi anda. Pastikan program lawatan, bercuti dan ziarah anda tidak sekadar menikmati pemandangan saja. Tentukan apa yang perlu anda ketahui tentang tempat tersebut dari aspek budayanya, ekonomi, sosialnya dan sebagainya. Pengetahuan pun bertambah.
7. Tingkatkan kawalan terhadap fikiran-fikiran yang memenuhi benak anda. Ini kerana, fikiran itulah yang mempengaruhi suasana jiwa dan melahirkan tindakan.
8. Biasakanlah mencatat gagasan-gagasan dan idealisma anda secara teratur. Dengan demikian anda telah melakukan proses pematangan idea. Kerana idea perlu diikat biar tidak lari kemana-mana, sedang memori manusia tidak cukup kuat untuk lama menyimpannya.
9. Biasakan lebih banyak diam dan mendengar daripada bicara. Ini adalah proses analisa. Bicarakan sesuatu hanya yang sudah anda fikirkan terlebih dahulu. Kurangi perkataan-perkataan ‘refleks’ atau hal yang tidak berfaedah atau tidak dalam tahap pengetahuan anda. Elakkan dari menjadi personaliti serba tahu, kerana kelak akan memakan diri.
10. Kawal emosi agar tetap tenang, tidak mudah terpengaruh sanjungan dan kritikan. Biasakan agar emosi anda tidak mudah terlihat melalui wajah, apalagi ucapan atau tangan. Kuasai diri anda, amalkan 3 sikap, sentiasa berlapang dada, sentiasa mengutamakan orang lain dari diri sendiri dan sentiasa bersangka baik.
Khamis, 4 Februari 2010
* Motivasi kejayaan – 3 mindset orang berjaya
* Lakar kejayaan di tahun 2010
* Untuk berjaya Anda kena rajin
Motivasi kejayaan – 3 mindset orang berjaya
Posted: 08 Jan 2010 01:07 PM PST
Orang berjaya ada sikap berlainan, perangai berlainan.
Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjokan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:
1. Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya.
Orang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara-perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut atau mengomplen sebab mereka tahu tak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar, kesusahan tu hanya sementara.
2. Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain di sekeliling.
Orang berjaya bekerja dalam masa yang lebih lama dari orang lain, biasanya mereka bekerja lebih dari 12 jam sehari, bahkan tak mustahil mencapai 16 jam sehari sehingga mereka terpaksa mengurangkan waktu tidur supaya boleh bekerja lebih lama. Dia biasanya bangun lebih awal dari orang lain, tidur lebih lambat dari orang lain.
3. Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.
Orang berjaya tak akan pernah berhenti bekerja dan berusaha selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Tidak ada istilah cuti-cuti, tidak ada perkataan relaks terlalu lama dalam kamus hidup mereka.
Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya akan berehat pada waktu tidur, pada waktu sembahyang, pada waktu makan.
Mindset penting orang berjaya – sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai, masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria untuk mencapai kejayaan idaman mereka.
Lakar kejayaan di tahun 2010
Posted: 07 Jan 2010 09:02 PM PST- motivasi kejayaan
Hari ni dah hari ke berapa dalam tahun 2010?
Mungkin dah hari ke 8, atau mungkin juga dah masuk hari ke-18 saat Anda membaca catatan blog ni. Walau apapun situasi pahit yang terjadi pada tahun 2009, lupakan saja supaya kita boleh capai situasi-situasi menggembirakan pada tahun 2010 ni.
Azam saya pada tahun 2010 ni, saya nak melakar kejayaan – kejayaan dalam kerja dan kejayaan dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang anak. Saya percaya Anda ada kejayaan sendiri yang Anda nak capai.
Walau apapun ia, semoga ia membuat Anda makin bersemangat menjalani hari-hari yang mendatang. Semoga ia membuat Anda semakin fokus berusaha, semakin rajin menambah ilmu. Kejayaan adalah hasil dari gabungan tiga elemen berlainan – ilmu, usaha dan doa berterusan.
Belajarlah sepanjang hayat melalui pembacaan kerana dari membaca, kita akan dapat menambah ilmu di dada dengan cukup senang sekali. Usaha kita biar berterusan, walau kita berjumpa bermacam rupa kegagalan yang menyakitkan. Akhir sekali, sebagai orang Melayu beragama Islam, kita perlukan agama dan keizinan Allah untuk memunculkan keajaiban dalamn hidup kita.
Kejayaan itu sendiri adalah seperti satu keajaiban, a miracle dan ia tak akan mungkin berlaku tanpa keizinan dari Yang Maha Esa. Sekuat manapun kita berusaha, dekatkan diri pada Tuhan, moga kita dapat mencapai kejayaan dalam masa yang singkat.
Untuk berjaya Anda kena rajin
Posted:- Motivasi kejayaan
Kejayaan hanya akan boleh diraih jika Anda bersedia untuk merubah diri menjadi seorang yang rajin.
Rajin, bagi saya adalah sentiasa ada saja perbuatan untuk dilakukan. Jika Anda merasa bosan atau Anda diserang keboringan, itu petanda Anda mungkin seorang yang pemalas, lawan kepada sikap rajin.
Orang rajin tak akan pernah merasa bosan, boring atau yang serupa dengannya kerana setiap waktu yang ada diisikan dengan berbagai aktiviti berfaedah, yang menyumbang kepada kejayaan dirinya.
Orang yang rajin suka membaca sebab dari pembacaan dia akan tahu sesuatu. Untuk mengubah diri Anda menjadi seseorang yang rajin, pertama sekali Anda kena tahu apa yang Anda nak capai pada bulan ini, pada tahun ini.
Kemudian, buat apa saja cara yang halal untuk mencapai kemahuan Anda tu. jika Anda nak memiliki sesuatu, berusahalah ke arahnya. Jika Anda nak beli kereta Lotus Elise, rajin-rajinkan diri bekerja untuk mengumpul duit supaya Anda dapat beli kereta tu. Contoh saja, contoh!
Apa-apapun, bila kita tekad nak berjaya dalam hidup, paling penting sekali, kita kena ubah diri menjadi seorang yang cukup rajin, bahkan sungguh rajin.
Rabu, 18 November 2009
mari baca..
Kata-Kata Hikmah
Harap itu umpama seseorang yang menabur biji benih ke tanah yang subur kemudain dijagai daripada binatang dan segala yang merosakkan serta disirami dengan air sehingga menunggu kurniaan dari Allah. Maka itu dinamakan harap yang sebenar. Motivasi Kejayaan |
- Tips bagaimana untuk melatih diri supaya sentiasa bersangka baik [bahagian 2]
- Tips bagaimana untuk melatih diri supaya sentiasa bersangka baik
- Motivasi diri – bagaimana untuk mendorong diri sendiri jadi rajin berusaha
- Hargai Mereka Yang Menghargai Anda
| Tips bagaimana untuk melatih diri supaya sentiasa bersangka baik [bahagian 2] Posted: 27 Oct 2009 03:41 PM PDT Bagaimana untuk melatih diri supaya sentiasa bersangka baik? Ikuti dua tips dibawah: 1. Tips pertama, melalui lakonan. Kita ni makhluk beremosi dan bertabiat. Nak mengekalkan sesuatu tabiat yang baru dan emosi yang baru, amat mencabar. Penyelesaian terbaik adalah dengan sentiasa melakokan sikap baru tu. Cuba buat perlahan-lahan, satu persatu. Mulai hari ini, berlakonlah untuk menjadi orang yang suka bersangka baik pada semua orang-orang disekeliling, pada setiap apa yang mereka lakukan, pada semua perkara, benda dan semua situasi-situasi yang kita temui. Lakonkannya selalu – buat dengan cukup bagus sekali sepanjang masa, setaraf pelakon professional. Lama kelamaan lakonan yang dibuat akan diserap menjadi tabiat kita lalu menjadi perangai kekal dalam diri kita. Kesannya, ia akan menjadi satu kebiasaan. Kita rasa normal melakukannya. 2. Tips kedua, melalui pembaikan diri berterusan. Bersihkan hati selalu dengan lafaz istighfar yang lahir terus dari hati, diiringi rasa kemaafan yang mendalam. Tiap kali sangkaan-sangkaan buruk masuk ke fikiran, buang cepat-cepat kemudian lafazkan istighfar. Maafkan diri sendiri kemudian berjanji untuk tidak mengulanginya di lain kali. |
| Tips bagaimana untuk melatih diri supaya sentiasa bersangka baik Posted: 27 Oct 2009 03:20 PM PDT Attitude positif akan membuat kita bertemu dengan situasi-situasi positif, orang-orang positif dan perkara-perkara positif. Begitu juga sebaliknya. Attitude negatif akan membuat kita bertemu dengan situasi-situasi negatif, orang-orang negatif dan perkara-perkara negatif. Attitude adalah sikap kita, iaitu akhlak kita. Jika kita mahu jadi orang berjaya dan tekad mengubah diri menjadi supaya menjadi orang berjaya, itu maknanya kita ada attitude positif. Untuk mengenali attitude seseorang, perhati baik-baik perkataan yang selalu dicakapkan olehnya, perilakunya dan kejujurannya. Attitude positif membuat kita berjumpa dengan pintu-pintu kejayaan, membuat kita mempunyai sikap orang berjaya yang akan membuat kita dapat memperoleh kejayaan. Attitude negatif membuat kita berjumpa dengan pintu-pintu kehancuran. Pintu kejayaan dan pintu kehancuran sentiasa terbuka untuk kita, cuma bergantung pada keputusan kita untuk memilih yang mana satu kemudian kekal di dalamnya. Pilihlah untuk masuk ke pintu-pintu kejayaan sebab itu pilihan terbaik untuk kita di dunia dan di akhirat. Pilih untuk menerapkan attitude positif dalam diri supaya kita boleh jadi orang berjaya – berjaya dalam pelajaran, dalam kerjaya, dalam kekeluargaan, perniagaan, berjaya dalam ibadah kita sebagai orang Melayu beragama Islam. Cemana nak mula? Simply dengan melatih diri untuk bersangka baik dengan orang lain juga dengan apa jua perkara yang mereka lakukan, walaupun kekadang ada perbuatan mereka nampak amat buruk di mata kita. |
| Motivasi diri – bagaimana untuk mendorong diri sendiri jadi rajin berusaha Posted: 27 Oct 2009 02:59 PM PDT Time saya menyiapkan artikel kali ni, saya baru saja sampai dari Kota Kinabalu dan sekarang baru jam 5:07 minit pagi. Saya tak nak biarkan waktu yang berharga berlalu begitu saja tanpa ada apa-apa pengisian.. 2 hari di Kota Kinabalu saya ditemukan dengan bermacam-macam ragam orang bekerja. Ketika itu saya tertanya sendiri apa yang membuat mereka rajin bekerja dan motivasi cemana yang mendorong mereka jadi rajin. Rajin yang sememangnya amat rajin lebih dari sekadar rajin tahap biasa. Yang pasti, cuma satu perkara membuat mereka tangkas – matlamat. Setiap hari mereka ada matlamat yang perlu dikejar dan kena diselesaikan hari itu juga. Selepas itu, bila matlamat sudah berjaya di capai barulah mereka relaks sekejap, pastui kerja keras lagi. Siapa mereka yang saya maksudkan ni? Staf-staff kerajaan yang sempat saya bawa bersembang di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Kota Kinabalu. Tiap hari mereka ada matlamat tersendiri. Bukan matlamat difikiran saja tapi matlamat bertulis. Siap dengan tarikh matlamat tu kena dicapai dan tempoh ‘deadline’ untuk ia dicapai. Setiap orang ada matlamat yang diset untuk diri masing-masing oleh ketua mereka. Wow..kerja mereka amat tersusun. Saya mempelajari sesuatu. Untuk kita memunculkan kejayaan-kejayaan kecil dalam apa yang kita usahakan, matlamat-matlamat kecil mesti diletak supaya kita ada dorongan untuk menjadi rajin berusaha. Jika tidak, sudah tentu kita akan malas lalu terperangkap dengan kemalasan yang muncul dari keselesaan berpanjangan. Kerajinan orang lain yang saya lihat saya garap untuk peringatan pada diri sendiri. Maka, jika kita nak jadi orang berjaya, bersama-samalah kita melatih diri untuk menjadi rajin. Desak diri menjadi rajin dengan meletak matlamat-matlamat yang mesti dicapai. Bukan perlu dicapai, bukan harus dicapai tapi mesti dicapai. Antara perlu, harus dan mesti, setiap perkataan memberi kesan berbeza pada tahap motivasi kita. Gunakan perkataan ‘mesti’ supaya kita bersemangat sentiasa – kesannya, membuat motivasi kita berada pada tahap tinggi tanpa kita sendiri menyedarinya. |
| Hargai Mereka Yang Menghargai Anda Posted: 26 Oct 2009 05:32 PM PDT Salah satu cara anda bersyukur, adalah dengan menghargai mereka yang menghargai anda. Selain mengucapkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas segala kurniaNya, kita juga perlu menjaga hubungan baik sesama manusia. Kuncinya, pertama dahulukan hubungan dengan Tuhan, kemudian jaga hubungan sesama manusia. Hargai Mereka Yang Menghargai Anda Satu persoalan mudah daripada saya, bilakah kali terakhir anda memberitahu kepada seseorang yang anda kenali, bahawa kehadirannya di dalam hidup anda menjadikan kehidupan anda lebih bermakna? Ya, seseorang itu mungkin ialah ibu bapa anda, adik beradik anda, kawan-kawan anda, atau sesiapa sahaja. Bilakah kali terakhir anda mengucapkan terima kasih atas segalanya? Tips hari ini, ucapkan terima kasih dan hargai mereka. Jika anda berasa malu untuk mengucapkannya sendiri, pilih jalan yang lebih mudah. Kirimkan sms! Atau, tuliskan sesuatu yang bermakna di dinding FB mereka Ingat, dengan lebih menghargai dan menebarkan kasih sayang, anda juga akan menerima kasih sayang daripada mereka, berganda-ganda! Nikmati dan jalani kehidupan anda dengan penuh kasih sayang dan saling menghargai. Ucapkan terima kasih dan hargai mereka yang menghargai anda. Salam Kejayaan |
