Selasa, 6 Disember 2011

Tuanku Aishah Rohani Canselor Kedua USIM

Cetak Emel
PUTRAJAYA, 3 Disember 2011 – Hari ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyaksikan lakaran sejarah tercipta pada Majlis Konvokesyen kesembilan dengan berlansungnya Istiadat Pemasyhuran Canselor yang baru sebagai Canselor kedua USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Turut berangkat ke Majlis ini, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

Majlis Kovokesyen kali ini dimulai dengan Istiadat Pemasyhuran Canselor USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Perisytiharan pelantikan Canselor diumumkan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM mewakili Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.

Baginda bertitah di dalam ucapanya, sistem pendidikan berteraskan ilmu Islam merupakan pemangkin kepada umat Islam terutamanya yang berada di rantau Asia Tengah. jaringan hubungan luar bersama negara Islam lain perlu diperkukuhkan supaya hasrat dan cita-cita tersebut terlaksana.

"Setelah lebih 10 tahun universiti ini membangun, ia telah menjadi salah satu institusi Islam yang disegani di rantau ini kerana graduan USIM bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah dalam bidang kokurikulum.

"Kecemerlangan dalam bidang seperti perbahasan, kesenian dan kebudayaan Islam, sukan dan juga hubungan antarabangsa adalah satu tanda ukur bahawa USIM mampu mengorak langkah lebih maju ke hadapan dalam merealisasikan dasar pendidikan tinggi negara.

"Malahan, cendekiawan yang diasah oleh USIM juga mampu mengorak langkah ke peringkat global dan memperkenalkan pendidikan tinggi berasaskan ilmu naqli dan ilmu aqli," titahnya.

Konvokesyen pada kali ini menyaksikan seramai 1,196 orang graduan berjaya dianugerahkan ijazah di dalam bidang masing-masing merangkumi pelbagai peringkat pengajian. Dalam pada itu, seluruh warga USIM menjadi saksi lahirnya kumpulan graduan pertama seramai 29 orang daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) yang telah melengkapkan pengajian bagi Program Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (MBBS) dan juga graduan dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama bagi Program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian seramai 72 orang.

USIM turut berbangga kerana Majlis Konvokesyen pada kali ini turut mengiktiraf dan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada bekas Ketua Hakim Negara iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Abdul Hamid Haji Mohamad.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam, Mohd Shahrul Faizie Bin Zaini telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Pelajaran Diraja Pingat Jaya Cemerlang. Anak kedua dari 5 orang adik beradik ini menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai ini adalah hasil dorongan isteri, Noorsyuhada Mohamed Salleh, ibu, Noriza Othman, keluarga dan tenaga akademik di USIM yang tidak jemu-jemu memberi galakan serta semangat.
"Walaupun ada yang berkata bahawa sukar untuk membahagikan masa untuk belajar apabila sudah berkahwin, ia tidak akan berlaku selagi kita ikhlas dan komited terhadap sesuatu perkara," tambah Shahrul yang juga merupakan wartawan penyiaran dan pengacara di Stesen TV ALHIJRAH.
Dalam pada itu, Muhamad Firdaus Ab. Rahman graduan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa turut menerima anugerah yang sama.

Beliau yang kini menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Syariah di Universiti Malaya menegaskan bahawa graduan pengajian agama juga mampu bersaing dalam arus pembangunan negara.
"Saya merupakan anak kesembilan daripada 11 beradik dan hanya saya seorang memilih bidang pengajian agama. Alhamdulillah, berkat sokongan daripada ibu bapa dan keluarga, saya berjaya menamatkan pengajian ini dengan cemerlang," katanya.
Kedua-dua mereka menerima watikah, medal Pingat Jaya Cemerlang serta wang tunai RM5,000 yang disampaikan oleh Canselor USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Sementara itu, Anugerah Canselor diberikan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Ummi Farhana Omar, manakala penerima anugerah Pingat Emas Naib Canselor pula diterima graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan Sunnah, Mohd. Ashrafulnizam Abdul Wahab.


Oleh:
Khairul Azizi Elias
Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa
Universiti Sains Islam Malaysia
Tel: 06-798 8027/ 8028

Ahad, 27 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

Alhamdulillah..dipanjatkan kesyukuran kpd ILAhi kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumiNYA.. 1Muharam 1433h..semoga tahun baru ini memberi inspirasi bagi diriku agar tidak leka berada di dunia ini..
  • meningkatkan ibadah dan muhasabah diri
  • bijak mencari peluang meningkatkan potensi diri
  • tidak misuse teknologi yang ada
  • tidak membazir waktu
  • mengikuti jadual belajar yang dibuat
  • fokuskan apa di depan..capai matlamat..lupakan apa yang kurang penting untuk watu ini
MISI..
  • Menjadi hamba yang solehah
  • menjadi Anak yang solehah
  • menjadi pelajar yang cemerlang akademik akhlak dan sahsiah
  • menjadi seorang sahabat yang dapat membantu sahabat yang lain.
  • menjadi sayap kiri yang setia dan jujur..
MARDHOTILLAH MATLAMATKU..IN SYA ALLAH..

Jumaat, 4 November 2011

perancangan cuti raya n cuti pertengahan sem

1- siapkan assignment OM
2- siapkan bahas Tarikh wa rijal..
3- cari bahan utk bahas qiadah wa imamah(sultan al-fateh)
4-ulangkaji ulum hadis(midterm 2minggu lpas cuti)
5-ulangkaji ulum quran..(midterm 2 or 3 miggu lpas cuti)

Hmm..mampukah aku siapkan smua ini? insyaALLAH..usaha itu penting!!


Alhamdulillah..aku bleh wat midterm OM marin..walau mse duk study ttba dia datang..lme dah dia x muncul..smua ni ujian..n skrag ni pun dia still ada lgi..siapa dia?he3

Anyway..slamat hari raya aidul adha maaf zahir batin..

wasalam...

Isnin, 31 Oktober 2011

minggu 8

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..minggu ni mggu ke 8 kuliah..& mggu sibuk nak siapkan bahas ulum quran..he3 alhamdulillah..siap dah taip cuma nak edit2 je bia nampak kemas..footnote x masukkan semua lagi..he3
Semasa kuliah dr.rumai pg td..kami diberitahu bhwa batch kami,tidak lagi bleh menjalani praktikal di kampung atau di negeri masing2..pihak fakulti tengah mencari dana untuk menghantar pelajar2 fkp ke sabah dan sarawak utk menjalani praktikal..he3 mata kuyu dgr doc ckp cam2 trus sgar..he3 insyaALLAH..

 Hmm..ari khamis ni ada midterm OM..persediaan? ulangkaji msa sblum dan slpas clas je..skrag ni x study lagi..hu3 duk fokus pd bahas dlu..tp  ingt nak start mlm ni study OM..midterm penting utk bn2 pointer..sem 2 banyak bg pengajaran utk aku..

4hb ni..mlm..insyaALLAH aku dan adik aku akan brtolak blik ke kg..cuti raya haji dan cuti pertengahan sem..12hb kne mai dah..xleh nak enjoy la cti kali ni..sbb kna siapkan assignment OM..smua bahan dah ada..tunjuk kt doc dah ok bahan tu..tunggu buat je la..he3
nak tulis apa lagi ek..ni smbil tunggu bas datang je..he3
 

wassalam..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Biarlah Masa menentukan..

Selepas bgtau umi apa yg Dr.Zul bgtau..umi sokong niat aku..umi ckap klu ada niat insyaALLAH.. ALLAH tunjuk jalan.. Dalam proses mencari maklumat disamping melaksanakan apa yang ada didepan  mata..
 
      
                                             RAHSIA DI HATI TAK SIAPA YANG TAHU..

Suratan Atau kebetulan

  Lagu ini aku suka sejak sekolah dulu lagi..mengajar supaya bersedia menghadapi apa jua persoalan yang timbul dalam kehidupan..bijak membuat pilihan disaat masa menghimpit...





Kenny Remy Martin (Kenny Tay / Habsah Hassan)

Suratan Atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

( ulang dari korus 1)

Rabu, 19 Oktober 2011

Perjumpaan Mega FKP

Tanggal 19/10/2011, pukul 2 petang telah diadakan PERJUMPAAN MEGA FKP, bertempat di DKP 3. di dalam program ini alumni Program da'wah pengurusan Islam telah tampil memberikan beberapa tips untuk mencapai kejayaan, beliau akan menerima anugerah naib censelor pada konvokesyen bln 12 akan dtg. Antara tips yang dikongsi adalah jaga hubungan dgn ALLAH dan sesama manusia.Fokus dalam kuliah dan proactive dalam class. selalu mencipta dan mencari soalan utk ditanya kpd pensyarah dan banyak lagi..Insya ALLAH tips ini akan aku gunakan..

    Semasa ucapan dekan fakulti aku, Dr.Rushdan m.jailani, beliau memberitahu mengenai senarai dean list yang akan menerima anugerah pada hari ini, majoritinya adalah mahasiswi. Daripada student da'wah tahun 1(sem lpas) ada yg mendapat PNGK dean list, PNGS pula rmai yang dpat..setiap kelas ada wakil & kelas aku diwakili oleh student diploma kuis dlu..tak naklah cite bnyak2 psal diorang..huhu biarlah semua itu menjadi inspirasi diri..menitis air mata cemburu aku..apabila melihat mereka yang naik ke pentas dan menerima anugerah dekan..cpat2 lap takut kawan sblah nampak..huhu AZAM MESTI DITERUSKAN..!!

 Prof Zul ada menyebut mengenai kursus master di usim, utk pointer 2.75-3.0 adalah secara kerja kursus dan 3.0 ke atas melalui  research..prof memberi cadangan kapada pelajar2 supaya terus menyambung pelajaran di usim ke peringkat master dan kalau boleh ke peringkat phD..insyaALLAH..
  Tak dapat nak tulis banyak..time bas nak balik sampai dah..lain kali plak
  Wallahu a'lam..


     

Bicara Khalifah