Assalamualaikum..
Alhamdulillah..seperti yang dirancang pada 1/1/2013 kami telah pergi ke LD untuk ziarah keluarga angkat di sana..perjalanan mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke LD begitu cpat rasanya berlalu.
Setibanya di LD, kami dihidangkan dengan lemang, rendang, kuih-muih n biskut. perayaan tahun baru sebenarnya. tok batin cakap perayaan ni sama saje ngn perayaan hati raya org Melayu, mereka mesti ziarah ahli keluarga masing2. Buktinya, semasa aku berada di rumah keluarga angkatku, ada saudara mara mereka datang, siap perkenalkan aku dan kawanku sebagai anak angkat mereka.
Hmm..rasa macam x percaya kami datang lagi ke LD. sebelum pulang, keluarga angkatku bekalkan kami makanan spt lemang, rendang, biskut dan rempeyek. aku dan kawanku sempat juga mkn nasi di rumah keluarga angkat setelah berkali-kali dipelawa..he3 kami dapat hadiah berupa tudung saji kecil, tapi yang telah dihias cantik2 oleh mak angkatku..diorang pesan nati datang la pulak..x perlu tunggu tahu baru.
Sebelum aku pulang, sempat aku bertanya kenapa makanan ini berada di sini(makanan yang diletakkan dalam dulang n macam nak dihidangkan kepada orang ramai, diletakkan di atas tikar) ayah angkatku cakap, ha,..inilah makanan yang dihidangkan untuk makhluk yang kita x nampak..abah seru diorang dan diorang akan datang makan la..betul jangkaan aku dan aku tanya lagi, pas2 kucing makan x pe ke?jwbnye xpe..makanan tu akan berada di situ selama 3 hari, selepas 3 hari baru boleh dibuang. tambahnya lagi setiap rumah akan buat begini. kawan2 aku ada ckap jgk sesetengah rumah ada nampak jgk seperti di rumah keluarga angkatku..
YDP course batch kami merangkap driver keta yang aku naik cakap, nati akan buat prog ziarah ke LD sebagai aktiviti setiap sem.bagus jgk 2..
Semasa singgah di masjid untuk solat magrib, sempat lagi rakan2 lelaki 'cekoh' buah durian yang penduduk kampung bagi. pelik je jemaah masjid 2 tengok kami.he3 alhamdulillah..aku selamat sampai di Sutera Indah pada pukul 9.45 malam.
Doaku semoga mereka dilembutkan hati dan diberi hidayah untuk menerima Islam..aamin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan