Selasa, 5 Jun 2012

Mood study WeEk & Final Exjem

Alhamdulillah..baru chat ckit daripada demam selsema..hu3 suara masih lgi rock..he3 banyak lagi x study..klu makan ubat bleh tahan 15 minit je..pas2 ngantok..hu3 bru siap wat e-nilai petang tadi dan di bawah adalah jadual
 examku..pergh..kenalin sem ni..7hb kne balik..alhamdulillah..moga panjang jodoh k.long ngn 'Bacok'..he3 9hb mlm tu bru mai nilai..11hb exam dah..sume buat aku kenalin sgt2.. nasib baik dah bleh mula buka bku..klu sblum ni..mcam berpusing2 perkataan dalam buku tu..hu3 jeles tngok kwan sblik study smpai pkul 2 pagi..aku? dgr je dia study sambil baring kat katil..pas2 tdo..x larat nak bngun..mlam ni aku kne pulun abis2 la..kena TAHAN JGK WLAU MSIH RASE SDKIT PNING..hu3 



Kod
Nama Kursus
Set
Tarikh
Masa
Tempoh
Tempat
No Meja








AAA2022
AKHLAK DAN TASAWWUF
KAA
11/06/2012
9:00AM
2 jam 30 minit
STADIUM
164
UTA2072
PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH
KAA2
12/06/2012
9:00AM
2 jam 0 minit
STADIUM
101
AAD2063
ISLAM DAN ISU-ISU SEMASA
KAA
13/06/2012
9:00AM
2 jam 30 minit
DP 1-FSU
100
AAA3102
METODOLOGI PENYELIDIKAN
KAA
15/06/2012
9:00AM
2 jam 0 minit
DP 1-FSU
198
AAM1053
PENJANAAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN
KAA
20/06/2012
9:00AM
2 jam 30 minit
STADIUM
295
AAM3033
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
KAA
25/06/2012
9:00AM
2 jam 0 minit
STADIUM
138
AAM2143
KOMUNIKASI DAN JARINGAN
KAA
28/06/2012
9:00AM
2 jam 30 minit
STADIUM
151

Sabtu, 28 Januari 2012

APE2 JE

Assalamualaikum..rindu sgt nak update blog, tp bla dah bkak hlang sume apa nak catat..hmm...ttba rse smangat nak ctat..aku nak main tulis je apa yang main dlm minda aku ni..huhu

Hmm...nak ambil muet utk kali ke-3 x ready lg ni..mse x sampai sbln lagi..tau la..nape aku jd lemah? Result sem 3 ntah cmne..bila aku bgtau umi..umi ckap insyaALLAH bleh dah duk study sokmo dah....tawakkal je la..huhu

Siapakah yang selayaknya mendengar luahan hati kte? ALLAH..psan kak naqibahku..solat sunat n luah apa kte rase..DIA MAHA MENGETAHUI tapi selaku hambaNYA wajarlah kte mengadu padaNYA.. kte akan rse 1 aura meresap ke dalm dri kte..amat tenang..setiap detik bersamaNYA membawa ketenangan jiwa.. :-) Alhamdulillah..

Manusia..pada hematku..perlu juga..sape tahu apa yg kte rase pernah dlaluinya..terus kata2 nasihat diberi kepada kita..pngalaman org juga bleh kte jadikan 1 pengajaran..

kejayaan..mesti bermula dari hati..sbb hati tahu apa yg tuan dia nak capai..hati mesti bersih dan bersemangat selalu..!hmmm..insyaALLAH ha..ttba tringat blaja dlm subjek organisasi dakwah dlu..bab fikru islam, ada 4 perkara, 1-ikhlaskan niat(sebelum amal) 2-muraqobah (mendekatkan diri kpd ALLAH) (semasa amal) 3-muhasabah diri(selepas amal) 4- Tawakkal kpd ALLAH..(ia adalah kunci setiap amalan dan wajib ke atas setiap muslim)

Hmmm..kne berhenti menaip dah..beras..sayur..lauk..duk tunggu minta dimask dah..huhu lwat dah..tata titi tutu..

SENYUM LAH WALAU PERIT PADA MULANYA..TAPI PENGAKHIRANNYA MANIS JUA... :-)

Wassalam..












Selasa, 6 Disember 2011

Tuanku Aishah Rohani Canselor Kedua USIM

Cetak Emel
PUTRAJAYA, 3 Disember 2011 – Hari ini, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyaksikan lakaran sejarah tercipta pada Majlis Konvokesyen kesembilan dengan berlansungnya Istiadat Pemasyhuran Canselor yang baru sebagai Canselor kedua USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Turut berangkat ke Majlis ini, Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir

Majlis Kovokesyen kali ini dimulai dengan Istiadat Pemasyhuran Canselor USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud. Perisytiharan pelantikan Canselor diumumkan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM mewakili Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.

Baginda bertitah di dalam ucapanya, sistem pendidikan berteraskan ilmu Islam merupakan pemangkin kepada umat Islam terutamanya yang berada di rantau Asia Tengah. jaringan hubungan luar bersama negara Islam lain perlu diperkukuhkan supaya hasrat dan cita-cita tersebut terlaksana.

"Setelah lebih 10 tahun universiti ini membangun, ia telah menjadi salah satu institusi Islam yang disegani di rantau ini kerana graduan USIM bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah dalam bidang kokurikulum.

"Kecemerlangan dalam bidang seperti perbahasan, kesenian dan kebudayaan Islam, sukan dan juga hubungan antarabangsa adalah satu tanda ukur bahawa USIM mampu mengorak langkah lebih maju ke hadapan dalam merealisasikan dasar pendidikan tinggi negara.

"Malahan, cendekiawan yang diasah oleh USIM juga mampu mengorak langkah ke peringkat global dan memperkenalkan pendidikan tinggi berasaskan ilmu naqli dan ilmu aqli," titahnya.

Konvokesyen pada kali ini menyaksikan seramai 1,196 orang graduan berjaya dianugerahkan ijazah di dalam bidang masing-masing merangkumi pelbagai peringkat pengajian. Dalam pada itu, seluruh warga USIM menjadi saksi lahirnya kumpulan graduan pertama seramai 29 orang daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) yang telah melengkapkan pengajian bagi Program Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (MBBS) dan juga graduan dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama bagi Program Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian seramai 72 orang.

USIM turut berbangga kerana Majlis Konvokesyen pada kali ini turut mengiktiraf dan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada bekas Ketua Hakim Negara iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Abdul Hamid Haji Mohamad.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam, Mohd Shahrul Faizie Bin Zaini telah dipilih sebagai Penerima Anugerah Pelajaran Diraja Pingat Jaya Cemerlang. Anak kedua dari 5 orang adik beradik ini menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai ini adalah hasil dorongan isteri, Noorsyuhada Mohamed Salleh, ibu, Noriza Othman, keluarga dan tenaga akademik di USIM yang tidak jemu-jemu memberi galakan serta semangat.
"Walaupun ada yang berkata bahawa sukar untuk membahagikan masa untuk belajar apabila sudah berkahwin, ia tidak akan berlaku selagi kita ikhlas dan komited terhadap sesuatu perkara," tambah Shahrul yang juga merupakan wartawan penyiaran dan pengacara di Stesen TV ALHIJRAH.
Dalam pada itu, Muhamad Firdaus Ab. Rahman graduan Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa turut menerima anugerah yang sama.

Beliau yang kini menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Syariah di Universiti Malaya menegaskan bahawa graduan pengajian agama juga mampu bersaing dalam arus pembangunan negara.
"Saya merupakan anak kesembilan daripada 11 beradik dan hanya saya seorang memilih bidang pengajian agama. Alhamdulillah, berkat sokongan daripada ibu bapa dan keluarga, saya berjaya menamatkan pengajian ini dengan cemerlang," katanya.
Kedua-dua mereka menerima watikah, medal Pingat Jaya Cemerlang serta wang tunai RM5,000 yang disampaikan oleh Canselor USIM, Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Sementara itu, Anugerah Canselor diberikan kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Ummi Farhana Omar, manakala penerima anugerah Pingat Emas Naib Canselor pula diterima graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan Sunnah, Mohd. Ashrafulnizam Abdul Wahab.


Oleh:
Khairul Azizi Elias
Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa
Universiti Sains Islam Malaysia
Tel: 06-798 8027/ 8028

Ahad, 27 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H

Alhamdulillah..dipanjatkan kesyukuran kpd ILAhi kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumiNYA.. 1Muharam 1433h..semoga tahun baru ini memberi inspirasi bagi diriku agar tidak leka berada di dunia ini..
  • meningkatkan ibadah dan muhasabah diri
  • bijak mencari peluang meningkatkan potensi diri
  • tidak misuse teknologi yang ada
  • tidak membazir waktu
  • mengikuti jadual belajar yang dibuat
  • fokuskan apa di depan..capai matlamat..lupakan apa yang kurang penting untuk watu ini
MISI..
  • Menjadi hamba yang solehah
  • menjadi Anak yang solehah
  • menjadi pelajar yang cemerlang akademik akhlak dan sahsiah
  • menjadi seorang sahabat yang dapat membantu sahabat yang lain.
  • menjadi sayap kiri yang setia dan jujur..
MARDHOTILLAH MATLAMATKU..IN SYA ALLAH..

Jumaat, 4 November 2011

perancangan cuti raya n cuti pertengahan sem

1- siapkan assignment OM
2- siapkan bahas Tarikh wa rijal..
3- cari bahan utk bahas qiadah wa imamah(sultan al-fateh)
4-ulangkaji ulum hadis(midterm 2minggu lpas cuti)
5-ulangkaji ulum quran..(midterm 2 or 3 miggu lpas cuti)

Hmm..mampukah aku siapkan smua ini? insyaALLAH..usaha itu penting!!


Alhamdulillah..aku bleh wat midterm OM marin..walau mse duk study ttba dia datang..lme dah dia x muncul..smua ni ujian..n skrag ni pun dia still ada lgi..siapa dia?he3

Anyway..slamat hari raya aidul adha maaf zahir batin..

wasalam...

Isnin, 31 Oktober 2011

minggu 8

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..minggu ni mggu ke 8 kuliah..& mggu sibuk nak siapkan bahas ulum quran..he3 alhamdulillah..siap dah taip cuma nak edit2 je bia nampak kemas..footnote x masukkan semua lagi..he3
Semasa kuliah dr.rumai pg td..kami diberitahu bhwa batch kami,tidak lagi bleh menjalani praktikal di kampung atau di negeri masing2..pihak fakulti tengah mencari dana untuk menghantar pelajar2 fkp ke sabah dan sarawak utk menjalani praktikal..he3 mata kuyu dgr doc ckp cam2 trus sgar..he3 insyaALLAH..

 Hmm..ari khamis ni ada midterm OM..persediaan? ulangkaji msa sblum dan slpas clas je..skrag ni x study lagi..hu3 duk fokus pd bahas dlu..tp  ingt nak start mlm ni study OM..midterm penting utk bn2 pointer..sem 2 banyak bg pengajaran utk aku..

4hb ni..mlm..insyaALLAH aku dan adik aku akan brtolak blik ke kg..cuti raya haji dan cuti pertengahan sem..12hb kne mai dah..xleh nak enjoy la cti kali ni..sbb kna siapkan assignment OM..smua bahan dah ada..tunjuk kt doc dah ok bahan tu..tunggu buat je la..he3
nak tulis apa lagi ek..ni smbil tunggu bas datang je..he3
 

wassalam..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Biarlah Masa menentukan..

Selepas bgtau umi apa yg Dr.Zul bgtau..umi sokong niat aku..umi ckap klu ada niat insyaALLAH.. ALLAH tunjuk jalan.. Dalam proses mencari maklumat disamping melaksanakan apa yang ada didepan  mata..
 
      
                                             RAHSIA DI HATI TAK SIAPA YANG TAHU..

Bicara Khalifah