Jumaat, 20 Disember 2013

Countdown

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..setelah hampir tiga bulan membiarkan blog sunyi tanpa berita..hanya kadangkala membukanya hanya untuk membaca intipati yang ada..

Alhamdulillah..nyawa masih lagi diberi pinjam oleh Rabbul I'zzati..

Subhanallah..

Alhamdulillah..

Allahu Akbar..

16 Safar 1435H bersamaan dengan 19/12/2013 adalah tarikh yang terakhir bagi kami untuk bersama-sama di kampus USIM. Tarikh ini adalah last tutorial..dan 18hb adalah last kuliah..dikesempatan yang ada kami mencipta pelbagai kenangan dan merakam gambar2 bersama tutors, lecturers and friends. Ada yang menitiskan air mata..aku pulak malas nak layan perasaan mengenangkan akan berpisah dengan sahabat2..lagipun..ada pepatah menyebut..jangan tangisi perpisahan sebaliknya tangisilah pertemuan kerana setiap pertemuan itu pasti akan ada perpisahan..

Sem 7..ia amat berbeza dengan semester2 lepas..kwn2 sebilik dan serumah yang berbeza program..tapi..aku amat gembira..balik kelas, kami hanya berkongsi ilmu yang kami belajar dan bertukar pendapat..tiada lagi gosip2..hehe semua ni membantu aku menambahkan ilmu..jika masing2 perlukan bantuan..pasti akan ada yang sudi membantu..kadang2 solat jemaah sama2..tiada lagi tengok cerita secara berjemaah..hehe

Countdown..dengan berakhirnya kuliah..maka bermulalah sesi study week..kali ni pendek je tempohnya.. Final exam bermula 2-5hb 1 dan sambung pd 7-9hb..amat padat..dah la subjek arab..xpe2..misi mesti diteruskan..!!!

Countdown..thesis..alhamdulillah..slpas 7x berjumpa SV barulah aku dibenarkan untuk ke bab 2..alhamdulillah..aku dapat belajar bnyak perbezaan antara thesis dalam bi dengan bahasa arab..tu pun sampai n#&4!5..he3 tapi lepas tu ustaz jadi baik denganku n x straight sgt..semua kwn2 terkejut bila aku bgtau 7x jumpa utk proposal..walau apa pun..alhamdulillah..bab 2 aku dah tunjuk kat ustaz separuh..dan perlu baiki mana patut.. sebenarnya, kami harus hantar thesis selewat-lewatnya 19hb 1..dan ia haruslah telah siap dibukukan.. Ustaz pesan pada kami agar tidak menghiraukan isu penghantaran..hanya fokus dan usaha utk siapkannya sahaja. Tanpa pengetahuan SV, aku dah set up tarikh (25hb 12) dengan salah satu kilang di Nilai untuk membuat temubual bagi menyiapkan thesisku..alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan urusanku..

Countdown..insyaAllah pada 21-24/1/2014 aku dan rakan-rakan sekelas akan ke Vietnam bagi menyelesaikan misi Lawatan Antarabangsa kami.. semua persiapan dah dibuat dan menunggu tarikh untuk bertolak..(dana ada tak cukup)huhu

Countdown.. Homesick..nak balik..rindu umi abah n kampung halaman..kucing2..periuk senduk..kuali sudip..semua lah..rindu masakan kat rumah..sob sob.. 

Wassalam..

Last kuliah bersama En. Muhammad ..hari isnin yang lepas..datang lewat duk belakang la..he3

Jumaat, 13 September 2013

Kehilangan



Assalamualaikum..

Dr. Adanan  Mat Junoh
Dr. Adanan..meninggal kerana sakit jantung..
Di pagi jumaat yang redup ini, kami warga Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan mendapat satu berita sedih..berita kematian seorang yang banyak berjasa kepada kami..termasuk aku sendiri..sifatnya yang mudah mesra dan berjiwa muda menjadikan kami pelajar2 senang untuk mencedok ilmunya..terasa seakan jantung berhenti seketika mendengar berita ini.. Sunyi FKP hari ni mungkin kebanyakan pensyarah pergi menziarahi arwah..

DR. ADANAN MAT JUNOH..semoga arwah ditempatkan bersama orang2 soleh..

Arwah lah yang banyak membawaku meneroka kemampuan diri dalam pengajianku..

Seorang lecturer yang berasal dari Kelantan dan menetap di Putrajaya..SVku bagitau kebumi pukul 3 ptg ni..

Tiada kata yang dapat diungkapkan kecuali sedekah al fatihah dan doa..

Khamis, 12 September 2013

Terus Mengorak langkah..

Alhamdulillah..hati makin tenang..

Gambaran untuk siapkan proposal in arabic semakin menonjol..alhamdulillah..

Svku pesan..polish proposal awak betui2 dulu..kuang2..akan saya usahakan ustaz.

Library yang berasa di puncak bukit destinasi seterusnya..

Alhamdulillah..

Iringi setiap langkahmu dengan bismillah..dan doa..


Rabu, 11 September 2013

Bila Sedih Ada Yang Memujuk..

Alhamdulillah..

Sedih?

tak la..

Bila sedih..

Ada yang pujuk..

Tapi siapa ek?

Allah..Yang Maha Mengasihani hambaNya..

Bagaimana Allah memujik hambaNya??

Dengan kalamNYA yang Agung..terkandung dalam kitab suci Al-Quran..

Bila bercucuran air mata turun..ingatlah kalamNYA yang berfirman seolah-olah memujuk kita..jadi air mata yang gugur itu terasa ada nilainya..ia gugur untuk mendamaikan hati kita..selepas itu bangkit semangat baru bersama redha..fikirkan perkara positif..in sya ALLAH..ada hikmahnya atas semua yang berlaku..Allah tidak akan mensia2kan hambaNya..

Itulah..yang berserah pada Allah dan YAKINlah padaNYA..

bertebaranlah di bumi ALLAH dengan mencari redhaNYA dan hikmahNya..

Hati akan sentiasa tenang..

ALLAHU AKBAR3!!!

Wassalam...

Fatrah Final Year Student

Alhamdulillah..9hb 9 bermula lah sem 7 bagiku dan tahun terakhir sesi pengajian.. madah2 sem ni kebanyakannnya in arabic and aku akan sahut cabaran itu untuk sentiasa rasa bersemangat menghadiri kuliah dan rajin menghafal. semester ini dalam sejarah, awal2 lagi dah ponteng kuliah..hehe semuanya sebab test lesen keta..alhamdulillah..berbaloi..hehe 2 hari je tinggal kelas..hari ke 3 dah ada kat kampus.

Alhamdulillah..setakat ini kami akan belajar dengan pensyarah2 yang pernah kami belajar sebelum ini..jadi bagiku ia adalah 1 peluang untuk aku teruskan usaha di saat2 akhir pengajian..




Matric. No
:
1102063

Name
:
NOOR HAKIMAH BINTI KAMARUZAMAN
Programme
:
(QI07) - BACHELOR OF DA'WAH AND ISLAMIC MANAGEMENT WITH HONOURS
Status
:
REGISTERED
Address
:
NO 200 DEPAN RUMAH TERES KG PERUPOK 16300 BACHOK KELANTAN 16300 BACHOK KELANTAN
Current Term
:
A131
Current Semester
:
7

#
Code
Description
Group
Status
Credit
Date Registered
1
AAC4043
ORIENTALISTS' PERCEPTIONS OF ISLAM
KAA
D
3
Jul 29 2013 11:35AM
2
AAC4052
CONTEMPORARY ISLAMIC THOUGHT
KAA
D
2
Jul 30 2013 11:02AM
3
AAD4143
DAKWAH STRATEGY AND PLANNING
KAA
D
3
Jul 29 2013 11:29AM
4
AAD4153
DA'WAH PSYCHOLOGY
KAA
D
3
Jul 29 2013 11:31AM
5
AAD4163
ADAB AL-IKHTILAF
KAA
D
3
Jul 29 2013 11:33AM
6
AAD4403
ACADEMIC PROJECT
KAA
D
3
Jul 29 2013 11:37AM
Total credit registered : 17



Akanku tebus kesilapan dulu..akanku kerah semua pancaindera dan tenaga agar terus mendaki mengejar sang kejayaan!!

In sya ALLAH.. Usaha1000X+Doa+Tawakkal= Berjaya

Selasa, 3 September 2013

Natijah bersama Peringatan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..tanggal 1 Sept 2013 aku dan sahabatku selamat tiba di bumi Nilai, ramai jgk kwn2 tanya nape pergi awal n mcm2 la..jwpanku..nak siap first draf utk thesis walau ada agenda lebih penting..huhu rasa dah sebati ngan proposal dlm bi tetiba dpt SV (penilai yang nilai proposal sem 6 hari tu) beliau mitak wat dlam  Arabic..menung panjang la aku..huhu Hmm..hjung minggu ni kena balik kampung plak..test keta kali ke-2..kuang2..redha je.. ;-)

3hb 9 baru sempat ke kampus dan menggunakan wifi yang ada..he3 rancangnya nak jumpa ..SV..

Kembali pada tajuk..result sem 6 dah kluar..dgr cite 31hb 8 kluar..alih2 dpt mesej dari kawan dah bleh check result sblum tarikh tu lagi..apa lagi terus check..he3 Syukur alhamdulillah.. walau pun pointer sem 6 turun(tak dapat DL), aku tetap bersyukur sebab PNGK tetap naik.. 1 A, 2A-, 2B+ & 1C+(kafarah malas hafal sebijik2). Aku memang tak suka hafal sebijik2 sebab aku suka baca, faham n buat ayat sendiri..tak dengar pesan lecturer sgt dapat la padahnya..huhu bila dah subjek 3 jam kredit dapat C+, ia effect kat pointer la..decreased sampai 3.31..umi cakap tahniah..xpe dah tu asal tetap 3..lagipun pointer akhir tetap naik.. ye naik, even 0.01..he3 tetap penting kn..? umi pesan wat terbaik sem ni sebab aku ada 1 sem je lagi kat kampus..sem akhir praktikal dan tesis je.

Peringatan..bleh jugak dipanggil muhasabah..pengajaran.. Why? sebab dengan semua ni ia sentiasa mengingatkan kita di mana kedudukan kita sekarang ni..jarak kita dengan matlamat kita..

MUET..kenapa tiba2 MUET? ntah la..selagi tak dapat Band 3, final year student tidak berada di zon selesa..

Tata.. titi..tutu..lain kali pula..sebab kena kembali kepada niat sebenar mai kampus..hihi

Wassalam..



Ahad, 18 Ogos 2013

Pengubat rindu..



Aku amat merinduinya..

teramat rindu sehingga hadir dalam mimpiku..

gelagatnya amat membuatku senang..masihku ingat..

tika zaman darurat dulu..ialah tempatku mencurah rasa..

waktu tu diawal kehadirannya dalam keluarga kami..

tahun 2003 tika itu..percaya atau tidak ia juga mengeluarkan air mata..

subhanallah..tak kan kulupa jasanya..namun ia telah hilang pada tahun 2009..ia adalah seekor kucing bernama Bie..B untuk bijak, baik, bagus dan berjasa..

Alhamdulillah..ramadhan kali ni seekor kucing yang sangat miripnya hadir..pada mulanya kami hanya bagi makan kerana kesian..lama kelamaan ia jinak dan ingin tinggal bersama kami..aku panggil ia Meow..he3 bleh la aku peluk cium kucing lagi..hehe betul2 terubat rindu kat Bie..bezanya dengan bie hanya warna mata dan tanda dekat dahi..mata bie warna biru lagi..perangainya sama dengan Bie, kadang2 kami tanya dia mu ni Bie ke? (ada ke tanya kucing)hihi

Selesa panggilnya Meow...sepupu cilikku bagi Marry..he3 sedang menunngu masa untuk melahirkan anak..hihi

Ketupat Istimewa


بسم الله الرحمان الرحيم



Haa..apa itu ketupat istimewa?hehe..ketupat daun palas..siapa yang membuatnya?
 Seseorang yang bergelar ibu..

kenapa ia istimewa? 
sebab..air tangan seorang ibu..dibuat bersama kasih sayang, senyuman dan keikhlasan beliau..tidak kisah dengan tubuh penat asal anak2nya bleh merasa air tangannya..

Dan ketupat inilah yang membuat aku mengidam nak makan lagi..hehe Alhamdulillah..raya ke-5 yang lepas ada rezekiku makan ketupat ni lagi..siap ditapau untuk bawa balik lagi..panas2 lagi tau!

Bagiku ketupat ni unik, cute, sedap n comel bungkusannya. Bila aku bawa balik, umi puji ketupat ni, umi cakap sedap,ad kacang dan sambal daging skali, bungkus pun comel..hehe umi klau dia puji memang betul la sdap n comel. Adk bradikku juga memuji ketupat yang dibuat oleh ibu tersebut.. maknanya bukan aku sorang yang suka makan ketupat ni..k.longku siap simpan lagi yang last untuk dia mkan berbuka puasa..hehe bila plak la bleh rasa ketupat ni.. kerana ketupat ni jugak la aku tak selera nak makan ketupat lain..raya ke-5 baru makan ketupat..walau banyak jenis ketupat dihidangkan..hehe nak yang ni jugak..terima kasih kepada ibu tersebut..

Alhamdulillah..ALLAH kabulkan..

Dah lama kami tidak makan ketupat yang umi buat..kecik2 dulu je..buka daun palas n bungkus ketupat sama-sama..nasib baik sempat ingat lagi walau waktu tu sek ren tahap 1 lagi..huhu

 umi puji ibu ini kerana rajin wat ketupat kecik2..sedap n x puas nak makan..hehe
InsyaALLAH ada peluang nak belajar la wat tupat sedap macam ni..hehehe 

Inilah ketupatnya..last tinggal ni..hehe

Bicara Khalifah