Isnin, 8 April 2013

Cuti Mid sem Kali ni

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah..sekarang ini sudah dapat menghirup udara segar di kampung halaman. Perjalanan pulang yang jauh tidak terasa kerana sudah terbayang rumah.he3 mana tak jauhnya, dari Nilai menuju ke Genting Sepah> Dungun>Kuala Terangganu> Jerteh> Paser Puteh> Bachok. Bayangkan bertolak dari Nilai pkul 11 malam dan tiba di Bachok pukul 12.10 tghari.. 
Semua ini menuntut untuk SABAR..so redha itu mesti!


Akhirnya dapat melepaskan rindu pada umi tersayang, alhamdulillah..walaupun umur pada 15 April ni genap 59 tahun, tetapi semangat beliau untuk mencari rezki tetap diteruskan. Gerai kuih muih di Pekan Jelawat, di situlah tempat umi menjual krim puff dan kek.. Kata umi, klu rasa tak segar..g jual jadi segar..he3 dan ia sudah terbukti banyak kali dah..hihi untuk hilangkan penat umi, aku akan pastikan makanan untuk tengahari siap di masak..tunggu umi balik dan hidang je. kalau umi pulang lewat daripada biasa, kami akan tunggu untuk makan bersama umi.


Apabila sudah berada di rumah..maka bermula la jawatan yang disandang sejak sekolah dulu lagi..he3 umiku berikan beliau rehat untuk kerja2 di dapur sementara aku ada. Sebelum memulakan tugas..aku akan bertanya kepada umi..apa yang beliau nak makan..kalau umi jawab ikut k.che la, aku akan bagi cadangan. So, petang itu aku masak peria goreng pedas dan ikan goreng je..di tambah dengan ulam pucuk tere, budu & durian..kusediakan juga jus oren sunquick..berselera umi makan..siap tambah lagi..he3 adik bongsuku suka mengusik umi.. Aik, umi nambah nasi ari ni..katanya. umi senyum je..aku gembira melihat umi makan hasil air tanganku..jika ada yang terkurang or terlebih umi akan tegur..di situ aku boleh belajar..hehe
Like it!


Dalam kepala aku terbayang roti jala, makaroni bakar & nasi kerabu..kenapa dengan ke tiga-tiga makanan ini? Haa..memandangkan 15 April besday umi, dan aku tiada di rumah waktu itu, aku bercadang nak masak surprise untuk umi hari sabtu sebelum aku bertolak kembali ke Nilai.. Tapiii, aku sorang tak sempat nak wat la sume tu..kalau kak long jadi balik mungkin sempat.. kalau tak aku buat je la apa yang sempat..huhu
insyaALLAH..moga dipermudahkan..

(mood merancang)

lalalala,,

 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bicara Khalifah