Selasa, 2 April 2013

Jalan Makin Terang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah..itulah kalimah keramat bagiku..
Di saat-saat penghabisan minggu terakhir sebelum cuti midsem..kami di'hadiahkan' dengan berbagai tugasan..al maklumlah..pelajar kerjanya belajar..tugasan perlu ada untuk menambahkan ilmu yang sedia ada..

Alhamdulillah..dengan bantuan lecturer subjek HCD aku sem lepas,(memandai je aku ajak kawan jumpa doc) aku telah mendapat tajuk yang akhirnya dimodify  olehnya untuk kebaikanku. Beliau meminta aku emailkan research questions bagi merangka research proposal.. Alhamdulillah.. my topic is
The Strategic of Career Development among Employees
 Kami dinasihatkan memilih tajuk berdasarkan minat. Bukan aku tidak berminat untuk membuat kajian dalam bidang dakwah, tetapi inilah azamku semasa semester 2 dulu, ingin membuat kajian dalam bidang pengurusan. Ini semua adalah ekoran daripada seorang lecturer dari bidang pegurusan, cara beliau mengajar amat menarik perhatian kami. Aku terus jatuh minat pada bidang yang baru aku ceburi dan terus aku tanam..bajai dan siram minat ini..alhamdulillah..
 Pada akhir semester ini kami perlu menghantar research proposal..dan yang menyedihkan kami adalah supervisor..buat masa ini kami belum mendapat supervisor..kemuingkinan akhir semester ini or semester depan dapat, sedihkan? fakulti lain ada yang dah dapat.. Paling menyedihkan jika kami mendapat supervisor yang majornya dalam b.arab, kami perlu tukar tajuk dan semestinya perlu menyediakan research proposal sekali lagi.. 
Aku berdoa agar SVku adalah  lecturer HCDku.. Aaamiin..

Alhamdulillah..selepas berfikir dan sabar..aku akhirya 85% siap assignment untuk madah firaq Islamiah(individual assignment).. Antara 5 tajuk yang diberi, aku memilih untuk membuat mengenai tokoh muktazilah, iaitu Wasil bin Ata'..bukan aku tidak mahu mengambil tokoh ahli sunnah wal jamaah, tetapi sengaja aku mencabar diri untuk belajar mengenai perkara yang amat sedikit pengetahuanku mengenai itu. 1 page je lagi tak siap..he3 penat dah karang dan taip dalam b.arab..tukar assignment dalam Bi plak..he3 Nasib baik hari ni tak de class dan pagi2 lagi dan on laptop..he3

3/4..adalah kali ke-2 aku dan ahli kumpulan membuat presention.. Petang ni kami akan berjumpa dengan tutor untuk meminta pendapat beliau mengenai slide yang telah kami sediakan..jika perlu dibaiki kami perlu teruskan..almaklumlah..belajar kan.. kali ini kami akan membentangkan mengenai cara penyebaran agama Islam..dan kami adalah first group..perbentangan ini adalah untuk madah Gerakan Misionari Semasa..dalam madah ini kami belajar bagaimana agama lain disebarkan..semasa tutorial juga ustaz banyak membincangkan mengenai cara agama Kristian disebarkan..
Tahukah kalian bahawa agama Islam adalah agama ke-2 terbesar? dikepalaku bermain persoalan kenapa agma Islam adalah agama kedua terbesar sedangkan dulu Islam pernah menakluki 2/3 dunia..rupa2nya banyak dakyah yang disampaikan secara halus..

Oklah..lain kali plak sambung mengedit blog..nak sambung wat assignment..kali ni apa plak? Hmm..membaca jurnal2 or bahan2 untuk dijadikan literature review..ahaks..

Mentari Makin Memancarkan Cahayanya..





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bicara Khalifah