Selasa, 25 September 2012

Coret-coret Awal Sem 5

بسم الله الرحمان الرحيم

السلام عليكم و رحمة الله
الحمد لله  , syukur ke hadrat Ilahi, minggu ini adalah minggu ke-3 aku & kawan2 menghadiri kuliah & tutorial. minggu ini banyak kelas kena cancel sebab ramai lecturer fakulti aku perlu membuat persiapan dan menghadiri ICIL 2012 di Hotel Raja Chulan.

So, isnin kelas penuh,selasa-khamis tak de class..boringnye..huhu.jumaat may be ada.

Hmm..bercerita mengenai kelas teringat group assignment yang perlu kami siapkan, HRD kami perlu jalankan 1 interview di organisasi swasta dan aku mencadangkan Murni Nursing College disebabkan oleh lokasinya terlalu dekat dengan kami,he3 alhamdulillah..aku dah contact pihak MNC, kami bleh pergi bila-bila masa tapi dengan syarat tel dulu sebab takut pegawai HR tiada.

 Hmmm..IWE plak group assignment kena jalankan 1 interview jgk, tujuannya untuk mengetahui etika kerja Islam yang diamalkan didalam organisasi mereka. He3, dan aku mencadangkan IKIM fokus kami.alhamdulillah..semua ahli setuju, kenderaan mungkin tak jadi masalah setakat ini. pembahagian tugas tidak ditetapkan lagi..mungkin minggu ni jgk kot..huhu kekok jgk bila ada ahli group lelaki ni..huhu

Haa..untuk madah Da'wah Tatbiqi plak, keteorang kena pergi ke kampung orang asli,sasaran tarikh adalah 28hb 10-2hb 11 2012..terkejut kami mendengarnya. Nampaknya raya haji ni sehari je la kat rmah,huhu..xpela..ada hikmahnya..kami dibahagikan kpd 2 group, group 1 akan ke kampung org asli di mana kampung tersebut bernama Kg.Kelaka terletak di Jempol,N.9. sejam dari usim, aku pernah sampai kat bawah kampung dia je..jalan siap tar dah..he3 ikut senior pergi hantar orang asli yang mai wat lawatan pendidikan di usim dulu. Group 2 plak, akan pergi ke Kg. Langkap Dangi, Negeri Sembilan jgk. aku adalah peserta dari group 2...ada banyak aku ingin kongsikan mengenai hal ini..tapi ttba terkena 'daun palas' dah..huhu biarlah rahsia..


Aku tertarik untuk berkongsi 1 ilmu yang aku dapat dari seorang tutor aku semasa kelas da'wah sosiologi, beliau bertanya, apakah sebab kita berkawan..? ramai yang jawap tapi semua salah..ustaz cakap sebab KEPENTINGAN. Hujah yang ustaz beri membuatkan aku dan kawan2 terfikir sejenak, contohya apabila si A sakit, pasti dia akan mencari kawannya untuk membantu..jadi ini adalah 1 kepentingan. kepentingan sewaktu dalam kesusahan. banyak lagi situasi yang ustaz gambarkan kepada kami.

Hmm..ngantuk plak rasa petang2 ni..lain kali plak..masa untuk main badminton..he3 Joommm..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bicara Khalifah