Ahad, 18 Ogos 2013

RAMADHAN 1434H

بسم الله الرحمان الرحيم

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana memberi nikmat iman dan kesihatan sehingga aku dapat menjalankan tuntutan sebagai hambaNYA di bulan ramadhan tahun ini. Semoga amalan2ku, keluarga dan semua umat islam diterima Yang Maha Agung. 

Alhamdulillah..puasa tahun ini berbeza dengan sebelum ni. Tahun ini umi tak ambil bazar ramadhan di Jelawat, bayaran untuk sewa tempat makin naik kata umi, lagipun tak nak sakit hati di bulan pose ni.(tahun lepas ada orang ambik tempat umi, apala). Anyway, umi tetap tersenyum menghadapinya. Menu jualan tahun ni ialah kek keladi, cupcake, baby cupcake, puding selasih, kuih sekaya dan tidak ketinggalan krim puf(sekarang ni adik bongsuku chefnya, umi bahagian intinya sahaja). 

Alhamdulillah..tahun ni juga bertambah bilangan kerusi kat meja makan, almaklumlah..umi dah ada menantu. Aku bergilir dengan k.long sebagai chef, umi kami bagi rehat sebelum tiba waktu berbuka..sempat juga umi menjengah kebunnya,hehe kuih-muih untuk dijual esok adik2ku yg settlekan, gembira melihat raut wajah umi ceria melihat kami memasak, kadang2 jika tidak penat sangat umi akan berada di dapur melihat kami memasak sambil2 berbual, makanan kami akan hidangkan. Cuma..waktu sahur kadang2 umi dulu bangun panaskan lauk2..hehe tahun lepas aku la tukangnya..tahun ni liat plak nak bangun dulu..hehe sebab k.long dah ada..hehe pemalaskan aku ni..hehe

Alhamdulillah..26hb 7 sempat berbuka dengan abah..sume lauk dah dimasak oleh mak cik(mak tiriku) setibanya kami di rumah abah. Tersenyum abah bila anak menantunya datang siap dan wat lawak lagi..hehe itulah abah. Alhamdulillah..sempat solat magrib bersama abah..terbayang kami berjemaah waktu kecil2 dulu..terasa ingin air mata menitis saat abah mengalunkan bacaan. Oklah tak nak imbau dah, sume kenangan. Tahun lepas kami ponteng terawih, sebab banyak topic dibicara sehingga abah cakap x gi terawih mlm ni bila adk2ku tanya..tapi berbeza tahun ni, Alhamdulillah..kami sume naik keta pajero abah dan pergi terawih di masjid Mukim Beris Lalang..23 rakaat tau, mula2 kami (3 bradik perempuan) smbahyang di saf terakhir (saf ke-6) lpas rakaat ke-8 jadi 4 saf dan lastnya jadi 3 saf..he3 lucu jgk, sebelum datang abah dah bagitau sini smayang 23 rakaat, kteorang ckap la kat rumah 11 je, abah ckap dah tok imam malas..he3..itulah abah..ada je jawapannya yang menggelikan sanubari kami..balik dari masjid, kami makan sambil bermoreh kat rumah..hehe pukul 12 baru bertolak pulang. Sebelum pulang abah sempat memberi duit kepada kami yang tak bekerja lagi untuk membeli baju raya..hehe Alhamdulillah..

Alhamdulillah..sempat berbuka puasa bersama anak sulong abah dan keluarganya, sempat bermesra dengan anak sedaraku..Najwa namanya. pada mulanya dia ajak aku dan adikku berbuka puasa di Negeri Sembilan tapi kami dah balik kampung masa tu..alhamdulillah..sempat jugak kami berbuka puasa sama2 di rumah abah pada hari terakhir ramadhan kali..jelas terpancar wajah keriangan di wajahnya.. Alhamdulillah..setelah sekian lama kami menungggu..kami 6 beradik tidak menyimpan apa2 rasa terkilan..bila dah orang nak rapat ngn kami..kami terima dengan hati gembira..sudah jenuh kami menjemputnya untuk bertandang ke rumah kami yang dulunya menjadi tempat tinggalnya..insyaALLAH..akan tiba waktunya.. Dah start mencari adik beradik kata umi..alhamdulillah..1 perubahan yang baik dan kami gembira dengannya. Selepas sembahyang magrib dan borak2 kami bertolak pulang..dan pasaraya billion di bachok destinasi sebelum balik..melabur sedikit wang untuk bhan2 juadah di pagi raya..he3
 
cukuplah kali ni..ada lagi memori di bulan puasa tapi biarlah ia di cekera minda..he3 Nanti giliran Syawal plak..

Semoga Sinar Itu berkekalan..aamin..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bicara Khalifah