Selasa, 2 April 2013

Jalan Makin Terang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah..itulah kalimah keramat bagiku..
Di saat-saat penghabisan minggu terakhir sebelum cuti midsem..kami di'hadiahkan' dengan berbagai tugasan..al maklumlah..pelajar kerjanya belajar..tugasan perlu ada untuk menambahkan ilmu yang sedia ada..

Alhamdulillah..dengan bantuan lecturer subjek HCD aku sem lepas,(memandai je aku ajak kawan jumpa doc) aku telah mendapat tajuk yang akhirnya dimodify  olehnya untuk kebaikanku. Beliau meminta aku emailkan research questions bagi merangka research proposal.. Alhamdulillah.. my topic is
The Strategic of Career Development among Employees
 Kami dinasihatkan memilih tajuk berdasarkan minat. Bukan aku tidak berminat untuk membuat kajian dalam bidang dakwah, tetapi inilah azamku semasa semester 2 dulu, ingin membuat kajian dalam bidang pengurusan. Ini semua adalah ekoran daripada seorang lecturer dari bidang pegurusan, cara beliau mengajar amat menarik perhatian kami. Aku terus jatuh minat pada bidang yang baru aku ceburi dan terus aku tanam..bajai dan siram minat ini..alhamdulillah..
 Pada akhir semester ini kami perlu menghantar research proposal..dan yang menyedihkan kami adalah supervisor..buat masa ini kami belum mendapat supervisor..kemuingkinan akhir semester ini or semester depan dapat, sedihkan? fakulti lain ada yang dah dapat.. Paling menyedihkan jika kami mendapat supervisor yang majornya dalam b.arab, kami perlu tukar tajuk dan semestinya perlu menyediakan research proposal sekali lagi.. 
Aku berdoa agar SVku adalah  lecturer HCDku.. Aaamiin..

Alhamdulillah..selepas berfikir dan sabar..aku akhirya 85% siap assignment untuk madah firaq Islamiah(individual assignment).. Antara 5 tajuk yang diberi, aku memilih untuk membuat mengenai tokoh muktazilah, iaitu Wasil bin Ata'..bukan aku tidak mahu mengambil tokoh ahli sunnah wal jamaah, tetapi sengaja aku mencabar diri untuk belajar mengenai perkara yang amat sedikit pengetahuanku mengenai itu. 1 page je lagi tak siap..he3 penat dah karang dan taip dalam b.arab..tukar assignment dalam Bi plak..he3 Nasib baik hari ni tak de class dan pagi2 lagi dan on laptop..he3

3/4..adalah kali ke-2 aku dan ahli kumpulan membuat presention.. Petang ni kami akan berjumpa dengan tutor untuk meminta pendapat beliau mengenai slide yang telah kami sediakan..jika perlu dibaiki kami perlu teruskan..almaklumlah..belajar kan.. kali ini kami akan membentangkan mengenai cara penyebaran agama Islam..dan kami adalah first group..perbentangan ini adalah untuk madah Gerakan Misionari Semasa..dalam madah ini kami belajar bagaimana agama lain disebarkan..semasa tutorial juga ustaz banyak membincangkan mengenai cara agama Kristian disebarkan..
Tahukah kalian bahawa agama Islam adalah agama ke-2 terbesar? dikepalaku bermain persoalan kenapa agma Islam adalah agama kedua terbesar sedangkan dulu Islam pernah menakluki 2/3 dunia..rupa2nya banyak dakyah yang disampaikan secara halus..

Oklah..lain kali plak sambung mengedit blog..nak sambung wat assignment..kali ni apa plak? Hmm..membaca jurnal2 or bahan2 untuk dijadikan literature review..ahaks..

Mentari Makin Memancarkan Cahayanya..





 

Rabu, 20 Februari 2013

Dilema MUET

Bismillahir rahmaanir rahim..

MUET...aku ada masa 4 hari je lagi untuk membuat persiapan speaking test..2-3 hari ni banyak masa telahku bazirkan..mood MUET datang dan pergi.. Ini kali ke-5 aku ambil muet..

Ayuh..bangkitlah wahai diri..kejayaan tidak akan datang bergolek.. Even ayam golek pun kalau nak makan perlu korbankan sedikit wang.. Inikan pula ilmu..
Alhamdulillah..semangatku pulih n langkah perlu diteruskan.. Ayuh perangi sifat malasmu..!

Dengan bantuan bb, aku search video2 yang aku kira sedikit sebanyak dapat membantuku memperbaiki penggunaan bi.. Best juga blajar ngn online..he3

Hmm..nak sambung study MUET plak..jealous ngn kawan2 duk tngok Running Man..he3(petang tadi join juga :-) )






Selasa, 19 Februari 2013

Tahun 3 Semester 6

COURSES REGISTRATION
NAME
:
MATRIC NO.
:
1102063
PROGRAMME
:
QI07 - BACHELOR OF DA'WAH AND ISLAMIC MANAGEMENT WITH HONOURS
STATUS
: REGISTERED
CURRENT TERM
: A122
CURRENT SEMESTER
: 6

NO. COURSE CODE COURSE DESCRIPTION GROUP STATUS CATEGORY CREDIT REGISTRATION DATE
1
AAC3023
AL-MILAL WA AL-NIHAL KAA 02 D
3
09-02-2013 11:16:00
2
AAC3033
AL-FIRAQ AL-ISLAMIYYAH KAA 02 D
3
09-02-2013 11:18:00
3
AAD3123
GERAKAN MISIONARI SEMASA KAA 02 D
3
09-02-2013 11:23:00
4
AAD3183
METODOLOGI PENYELIDIKAN DA'WAH KAA 02 D
3
09-02-2013 11:21:00
5
ABA3233
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING KAA 02 D
3
09-02-2013 12:04:00
6
MGC3012
KEUSAHAWANAN KAA 02 D
2
09-02-2013 13:44:00

Apa yang penting..niat..mencari ilmu untuk mencapai redhaNYA..


Rezeki itu datang dari ALLAH

Bismillahir rahmaanir rahim..

Pada 13 feb lpas, result sem 5 telah kluar..dengan debaran penuh di dada..kubuka jga portal estudent untuk mengetahui natijah sem 5..alhamdulillah..syukur tidak terhingga kupanjatkan kehadrat Ilahi..keputusan ini ku anggap rezeki dari ALLAH dan juga cabaran untuk kekal atau lebih baik dari keputusan kali ni.. Keputusan ini adalah hadiah untuk umi n abah..sem 5 baru umi dapat apa yang selama ini diidamnya..huhu

Dean List..susah benor nak capai tahap ni..takut pun ada..takut akan kecundang dan takut menempuh cabaran untuk sem 6 plak..huhu betol nasihat org sekelilingku..doa+usaha+tawakal=berjaya..

ALLAH tahu apa yang terbaik utk hambaNYA. Daripada NYA aku datang dan kepadaNYA jua Aku kembali.. Kepada ALLAH jualah tempat sebaik-sebaik tempat pergantungan.. 

Subhanallah..wal hamdulillah..wa la ilaha il lallahu wa Allahu Akbar!


Kerana 4 feb

Alhamdulillah..aku sekarang telah kembali ke Sutera Indah..dan telah memasuki fasa ke 6 sesi pembelajaran aku..so bb pun dah diaktifkan dah..he3

Eh, apa cer ngn 4feb..? ha..aku selalunye akan mengantuk awal mlm 4hb 2 ni..pagi esknye bangun nak smayang subuh..belum pun basuh muka n gsok gigi..umi dah ucap besday..he3 smoga berjaya dalam hdup..itu doa umi..tq umi krn bersusah payah melahirkan anakmu yang ke 4 ini.

Pada ptg itu,sedang aku kusyuk potong lada kering(utk buat makan masa big work)..wajahku telah ditampal ngn ising kuning diiringi dgn nyanyian hepy besday.. comel molek ising tu melekat di dahiku.. aku yang kusyuk ni terkejut n tergamam..x cukup dilumur ngn ising, aku disuap dgn kek coklat kukus(baru masak dalam 15 minit sebelum itu). Teruk aku kena hari tu..he3 Ce teka sape pnye kije? Adik permpuanku punya idea kerjasama ngn sepupuku yang umi jmput utk tolong kami membuat persiapan, abangku yang menjadi tukang lumur ising dan diikiti oleh umi dan adik bradik yang lain..he3 diorang siap ambik video lg.. tq sume.. lepas siap kije..aku kejar adik bongsuku untuk aku lap ising yang ad di wajahku menggunakan bajunya..he3 umi ketawa melihat telatah kami..x dapat kjer dia last2 aku basuh jgk muka..huhu

Genap la usiaku 22 tahun di bumi ALLAH ini.. pada tarikh ini, manik2 ciptaan Ilahi banyak mengalir dari mataku..bagiku ia penguat jiwaku..

                                                               ......The END....
kek besday utk 3 orang putri umi..renovate je kek kladi..he3

Jumaat, 25 Januari 2013

Cuti..

Assalamualaikum..



Seminggu sudah berlalu..tinggal lagi 3 minggu cuti..hu3 cuti kali ni banyak habiskan utk persiapan kawin kakakku.. Semoga dengan terbinanya masjid ini tali ikatan persaudaraan semakin erat..huhu 

Pada 31hb 1- 2hb 2 akan ada program wajib anjuran alumni MAIP, iaitu Tamrin Qiadi..dalam cbuk2 duk buat persiapan,sempat jugak aku keluar rumah..he3 amanah perlu ditunaikan..rindu jgak zaman sekolah dulu..cbuk ngn program2..bila masuk uni dah slow..sejak akhir2 ni baru aktif balik..

Hmm..dalam cuti kali ni..aku ada 1 misi..he3 sebelum kembali ke usim insyaALLAH akanku laksanakan..sebab ia melibatkan pndapat dan keizinan orang tuaku..moga dipermudahkan..

Hmmm..aku masih x jumpa tajuk pe yang sesuai untuk tesisku..tinggal 3 minggu lagi masanye..dulu..aku fikir nak buat tajuk berkaitan orang asli..bila fikir sekali lagi..sukar untuk aku..n mungkin umi tak izinkan jika aku terpaksa ulang alik ke kampung orang asli..jarang2 mungkin xpe..

MUET..entah ke mana..study ckiiiiit sgt baru..huhu


Jumaat, 4 Januari 2013

Ziarah Langkap Dangi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..seperti yang dirancang pada 1/1/2013 kami telah pergi ke LD untuk ziarah keluarga angkat di sana..perjalanan mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke LD begitu cpat rasanya berlalu.

Setibanya di LD, kami dihidangkan dengan lemang, rendang, kuih-muih n biskut. perayaan tahun baru sebenarnya. tok batin cakap perayaan ni sama saje ngn perayaan hati raya org Melayu, mereka mesti ziarah ahli keluarga masing2. Buktinya, semasa aku berada di rumah keluarga angkatku, ada saudara mara mereka datang, siap perkenalkan aku dan kawanku sebagai anak angkat mereka.

Hmm..rasa macam x percaya kami datang lagi ke LD. sebelum pulang, keluarga angkatku bekalkan kami makanan spt lemang, rendang, biskut dan rempeyek. aku dan kawanku sempat juga mkn nasi di rumah keluarga angkat setelah berkali-kali dipelawa..he3 kami dapat hadiah berupa tudung saji kecil, tapi yang telah dihias cantik2 oleh mak angkatku..diorang pesan nati datang la pulak..x perlu tunggu tahu baru. 

Sebelum aku pulang, sempat aku bertanya kenapa makanan ini berada di sini(makanan yang diletakkan dalam dulang n macam nak dihidangkan kepada orang ramai, diletakkan di atas tikar) ayah angkatku cakap, ha,..inilah makanan yang dihidangkan untuk makhluk yang kita x nampak..abah seru diorang dan diorang akan datang makan la..betul jangkaan aku dan aku tanya lagi, pas2 kucing makan x pe ke?jwbnye xpe..makanan tu akan berada di situ selama 3 hari, selepas 3 hari baru boleh dibuang. tambahnya lagi setiap rumah akan buat begini. kawan2 aku ada ckap jgk sesetengah rumah ada nampak jgk seperti di rumah keluarga angkatku..

YDP course batch kami merangkap driver keta yang aku naik cakap, nati akan buat prog ziarah ke LD sebagai aktiviti setiap sem.bagus jgk 2..

Semasa singgah di masjid untuk solat magrib, sempat lagi rakan2 lelaki 'cekoh' buah durian yang penduduk kampung bagi. pelik je jemaah masjid 2 tengok kami.he3 alhamdulillah..aku selamat sampai di Sutera Indah pada pukul 9.45 malam.
 
 Doaku semoga mereka dilembutkan hati dan diberi hidayah untuk menerima Islam..aamin
 

Bicara Khalifah