Ahad, 18 Ogos 2013

Syawal tahun ni..



بسم الله الرحمان الرحيم



Alhamdulillah..segala puji bagi Allah dapat lagi aku bersama Syawal.. Malam raya tidur dkat pukul 5 kerana menyiapkan macaroni bakar dan kerat jubah..hihi oleh kerana hari2 lain sibuk ngn kije lain, so, malam raya la sume perlu selesaikan..

Pagi raya..makaroni sup juadah kami(k.long buat)..rancang nak wat soto..tapi tkar kepada macaroni sup..n macaroni bakar sebagai penambah juadah..3 bekas jugak wat malam tu..loyang bentuk love paling besar, bulat n bentuk oval.. Emm,agak sedih jugak sebab kali ni kurang sedap berbanding kali pertama aku wat blan 4 hari tu..kata umi bakpe ari tu lagi sedap? Aku sengih je..tau la..msak tgh malam jadi mcam tu la..huhu kurang sedap pun tetap habis..hehe ha..lupa nak ambik gambar la..huhu tidak ketinggalan kek blueberry dan biskut2..tahun ni banyak daun palas..so aku hanya sempat buat tat nenas, almond London, snow almond, dan biskut oren nuget je..popia lada sulah tak terbuat.. Bila cakap pasal biskut oren nugget ni, sepupuku (dia tempah biskut ni) ada bagitau, tetamu yang datang ke rumahnya ingat itu nugget yang biasa kita makan tu..bila dia makan, eh, ni bukan nugget tapi biskut..hehe ramai jugak yang tertipu..kuang2..

Selepas smayang raya n makan2, kami bersalaman dan bermaafan..n seterusnya beraya ke rumah besan umi n sedara mara..balik..n selepas solat zohor ke rumah abah..next ke rumah adik2 abah..selepas ke rumah adik abah yang sebelah rumah abah, kami rancang ke rumah mak sedara yang dah lama kami tak ziarah, bukan tak nak pergi tapi..ntah la malas nak ckap benda buruk kat sini.. Alhamdulillah..kedatangan kami kali ni disambut dengan baik dan kami ber9 dengan 3 buah kereta termasuk keta a.iparku dan a.zero (ank sulong abah)..selepas bertukar cerita kami bergerak ke rumah tok sedara..seberang jalan rmah mak ngah tu je.. Ceria a.zero bleh beraya bersama kami.. ;-)

Najwa....

 Cukup lah raya pertama..
Raya ke-2 dan seterusnya biarlah berlalu..hehehehe ada suka dan duka di situ..

Wassalam..

 

RAMADHAN 1434H

بسم الله الرحمان الرحيم

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah kerana memberi nikmat iman dan kesihatan sehingga aku dapat menjalankan tuntutan sebagai hambaNYA di bulan ramadhan tahun ini. Semoga amalan2ku, keluarga dan semua umat islam diterima Yang Maha Agung. 

Alhamdulillah..puasa tahun ini berbeza dengan sebelum ni. Tahun ini umi tak ambil bazar ramadhan di Jelawat, bayaran untuk sewa tempat makin naik kata umi, lagipun tak nak sakit hati di bulan pose ni.(tahun lepas ada orang ambik tempat umi, apala). Anyway, umi tetap tersenyum menghadapinya. Menu jualan tahun ni ialah kek keladi, cupcake, baby cupcake, puding selasih, kuih sekaya dan tidak ketinggalan krim puf(sekarang ni adik bongsuku chefnya, umi bahagian intinya sahaja). 

Alhamdulillah..tahun ni juga bertambah bilangan kerusi kat meja makan, almaklumlah..umi dah ada menantu. Aku bergilir dengan k.long sebagai chef, umi kami bagi rehat sebelum tiba waktu berbuka..sempat juga umi menjengah kebunnya,hehe kuih-muih untuk dijual esok adik2ku yg settlekan, gembira melihat raut wajah umi ceria melihat kami memasak, kadang2 jika tidak penat sangat umi akan berada di dapur melihat kami memasak sambil2 berbual, makanan kami akan hidangkan. Cuma..waktu sahur kadang2 umi dulu bangun panaskan lauk2..hehe tahun lepas aku la tukangnya..tahun ni liat plak nak bangun dulu..hehe sebab k.long dah ada..hehe pemalaskan aku ni..hehe

Alhamdulillah..26hb 7 sempat berbuka dengan abah..sume lauk dah dimasak oleh mak cik(mak tiriku) setibanya kami di rumah abah. Tersenyum abah bila anak menantunya datang siap dan wat lawak lagi..hehe itulah abah. Alhamdulillah..sempat solat magrib bersama abah..terbayang kami berjemaah waktu kecil2 dulu..terasa ingin air mata menitis saat abah mengalunkan bacaan. Oklah tak nak imbau dah, sume kenangan. Tahun lepas kami ponteng terawih, sebab banyak topic dibicara sehingga abah cakap x gi terawih mlm ni bila adk2ku tanya..tapi berbeza tahun ni, Alhamdulillah..kami sume naik keta pajero abah dan pergi terawih di masjid Mukim Beris Lalang..23 rakaat tau, mula2 kami (3 bradik perempuan) smbahyang di saf terakhir (saf ke-6) lpas rakaat ke-8 jadi 4 saf dan lastnya jadi 3 saf..he3 lucu jgk, sebelum datang abah dah bagitau sini smayang 23 rakaat, kteorang ckap la kat rumah 11 je, abah ckap dah tok imam malas..he3..itulah abah..ada je jawapannya yang menggelikan sanubari kami..balik dari masjid, kami makan sambil bermoreh kat rumah..hehe pukul 12 baru bertolak pulang. Sebelum pulang abah sempat memberi duit kepada kami yang tak bekerja lagi untuk membeli baju raya..hehe Alhamdulillah..

Alhamdulillah..sempat berbuka puasa bersama anak sulong abah dan keluarganya, sempat bermesra dengan anak sedaraku..Najwa namanya. pada mulanya dia ajak aku dan adikku berbuka puasa di Negeri Sembilan tapi kami dah balik kampung masa tu..alhamdulillah..sempat jugak kami berbuka puasa sama2 di rumah abah pada hari terakhir ramadhan kali..jelas terpancar wajah keriangan di wajahnya.. Alhamdulillah..setelah sekian lama kami menungggu..kami 6 beradik tidak menyimpan apa2 rasa terkilan..bila dah orang nak rapat ngn kami..kami terima dengan hati gembira..sudah jenuh kami menjemputnya untuk bertandang ke rumah kami yang dulunya menjadi tempat tinggalnya..insyaALLAH..akan tiba waktunya.. Dah start mencari adik beradik kata umi..alhamdulillah..1 perubahan yang baik dan kami gembira dengannya. Selepas sembahyang magrib dan borak2 kami bertolak pulang..dan pasaraya billion di bachok destinasi sebelum balik..melabur sedikit wang untuk bhan2 juadah di pagi raya..he3
 
cukuplah kali ni..ada lagi memori di bulan puasa tapi biarlah ia di cekera minda..he3 Nanti giliran Syawal plak..

Semoga Sinar Itu berkekalan..aamin..



Rabu, 5 Jun 2013

Debaran terus dinanti..

Jadual final exam..

12/6/13-rabu-2.30pm keusahawanan

19/6/13-rabu-2.30pm-method penyelidikan dakwah

24/6/13-isnin-2.30pm-kmahiran asas kaunseling

25/6/13-selasa-9 am-firaq islamiah

26/6/13-rabu-2.30pm- gerakan misionari semasa

27/6/13-khamis-9 am-milal wa nihal

Study entah ke mana..

Alhamdulillah..3hb jun yang lalu telah selesai present research proposal..(20 marks kot present saje..huhu) penilai (x kenal pun sebelum ni) komen tajuk aku besar nsesuai untuk wat buku..1 lg beliau komen research question aku psal siapa yang bertanggungjawab membantu pekerja membangunkan kerjaya mereka..katanya, siapa lagi klu bukan pekerja n majikan itu sendiri.. ad lagi, katanya tidak perlu ke pelajar dakwah n pengurusan Islam, buat kajian yg ada unsur islamik ckit.. 

Aku blur sampai mlm..aku terima komen beliau untuk meningkatkan mutu research ku..tapi..first draft yang aku hantar ari 2, tutor x komen pun part tu..

kata2 terakhir penilai buatku..xpe..awk blik fkir dlu..nanti bleh bncang ngn SV kamu..
kata2 tutorku.. nati pilih la Ustaz A... sebagai SV kamu..banyak bleh belajar n markah pun dapat ckit..he3 aku hanya mampu tersenyum sebelum melangkah keluar dari dewan..

alhamdulillah... 

laporan gelandangan dah siap..terbayang2 suasana di jln ipoh, KL..
semoga ALLAH membantu mereka..


...............................................................

Hidup perlu kepada perubahan...





Khamis, 30 Mei 2013

PELAJAR SEDIAKAN PROFIL GELANDANGAN BANTU PIHAK BERKUASA



KUALA LUMPUR, 11 Mei – Seramai 104 pelajar program Dakwah dan Pengurusan Islam dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Tahun 3 telah pun berjaya menjalankan program Khidmat Gelandangan (Khidmat-G) iaitu untuk mendapatkan kajian profil terhadap masyarakat gelandangan di sekitar bangunan Darul Jami’yah, Kuala Lumpur.

Program yang mendapat kerjasama dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutusan (JAWI) telah bermula pada jam 10 pagi dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh JAWI dan USIM berkaitan tugasan yang akan dijalankan pada hari berkenaan.

Menurut Dekan FKP, YBhg. Prof. Dr. Zulkiple Abd Ghani, program sebegini adalah galakan kepada para pelajar untuk menjadi insan Al-Abrar yang akan membantu Universiti mempergiatkan aktiviti community engagement di kalangan pelajar untuk berbakti kepada masyarakat.

“Masyarakat gelandangan dipilih sebagai subjek kajian adalah untuk membuktikan bahawa kita semua tidak meminggirkan mereka. Lebih-lebih lagi jika golongan mahasiswa Universiti sendiri turut menzahirkan rasa simpati dengan mengadakan program sehari bersama mereka,” katanya lagi ketika ditemubual.

Salah seorang peserta program iaitu Mohd Razmil Rizal Aminan berkata, pengalaman bersama gelandangan ini merupakan perkara baru kepada pelajar.

“Mereka memberi kerjasama yang baik dengan berkongsi pelbagai kisah sedih dan duka sepanjang menjadi gelandangan”

“Ini merupakan aktiviti kemasyarakatan di mana, dengan adanya kajian terhadap gelandangan ini, pihak kami dapat membantu mengutip maklumat yang tepat dan seterusnya menyerahkan kepada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Program yang berakhir kira-kira jam 4.00 petang itu berjaya mengumpul lebih dari 100 profil gelandangan dan laporan lengkap akan disediakan dengan segera untuk dihantar kepada pihak yang berwajib.

Disediakan oleh;
Fauziah Hassan
Tutor Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

Disunting oleh :
Mohd Zaini Othman
Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)  

Selasa, 14 Mei 2013

Tika ini

Assalamualaikum..

Tika ini..ye..tika ini..pelbagai perkara telah berlaku dalam kamus hidupku.. tanggal 12 Mei yang lepas, cukup ahli 7 sekeluarga berkumpul di Melaka..perancangan ALLAH amat sempurna..alhamdulillah.. Senyuman gembira hilang di bibir ibuku..

Ye..tika ini..kepala penuh dengan assignments yang entah bila la nak siap..research proposal..tika ini jualah..ujian datang..tika ini jualah perasaan malas membelenggu diri.. 3 minggu lagi kuliah..tetapi daun palas makin banyak membelit diri..perasaan rasa nikmat mencari ilmu menurun..kenapakah???

Muhasabah..ye..tika itu.. muhasabah..memberi peringatan kepadaku..apakah matlamatmu??? adakah redha ALLAH telah kau temui??? sudah cukupkah ilmu dan amal yang kau ada dan laksanakan???

Wahai diri hamba ALLAH, bangkitlah..ingat pesanan ibu ayahmu..keluargamu.. Indahnya motivasi dari Ilahi..bersujud..merintih..merayu..berdoa padaNYA..memberi ketenangan dan harapan baru..

Tika ini..aku harus belajar..belajar melawan kehendak sendiri yang boleh memusnahkan diri..

Doa dan usaha harus seiring..

Assignments..

Usaha...

Doa...

Tawakkal..

Berjaya..

Redha ALLAH..

Tika Ini...

Ya ALLAH..

................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................


Isnin, 8 April 2013

Cuti Mid sem Kali ni

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah..sekarang ini sudah dapat menghirup udara segar di kampung halaman. Perjalanan pulang yang jauh tidak terasa kerana sudah terbayang rumah.he3 mana tak jauhnya, dari Nilai menuju ke Genting Sepah> Dungun>Kuala Terangganu> Jerteh> Paser Puteh> Bachok. Bayangkan bertolak dari Nilai pkul 11 malam dan tiba di Bachok pukul 12.10 tghari.. 
Semua ini menuntut untuk SABAR..so redha itu mesti!


Akhirnya dapat melepaskan rindu pada umi tersayang, alhamdulillah..walaupun umur pada 15 April ni genap 59 tahun, tetapi semangat beliau untuk mencari rezki tetap diteruskan. Gerai kuih muih di Pekan Jelawat, di situlah tempat umi menjual krim puff dan kek.. Kata umi, klu rasa tak segar..g jual jadi segar..he3 dan ia sudah terbukti banyak kali dah..hihi untuk hilangkan penat umi, aku akan pastikan makanan untuk tengahari siap di masak..tunggu umi balik dan hidang je. kalau umi pulang lewat daripada biasa, kami akan tunggu untuk makan bersama umi.


Apabila sudah berada di rumah..maka bermula la jawatan yang disandang sejak sekolah dulu lagi..he3 umiku berikan beliau rehat untuk kerja2 di dapur sementara aku ada. Sebelum memulakan tugas..aku akan bertanya kepada umi..apa yang beliau nak makan..kalau umi jawab ikut k.che la, aku akan bagi cadangan. So, petang itu aku masak peria goreng pedas dan ikan goreng je..di tambah dengan ulam pucuk tere, budu & durian..kusediakan juga jus oren sunquick..berselera umi makan..siap tambah lagi..he3 adik bongsuku suka mengusik umi.. Aik, umi nambah nasi ari ni..katanya. umi senyum je..aku gembira melihat umi makan hasil air tanganku..jika ada yang terkurang or terlebih umi akan tegur..di situ aku boleh belajar..hehe
Like it!


Dalam kepala aku terbayang roti jala, makaroni bakar & nasi kerabu..kenapa dengan ke tiga-tiga makanan ini? Haa..memandangkan 15 April besday umi, dan aku tiada di rumah waktu itu, aku bercadang nak masak surprise untuk umi hari sabtu sebelum aku bertolak kembali ke Nilai.. Tapiii, aku sorang tak sempat nak wat la sume tu..kalau kak long jadi balik mungkin sempat.. kalau tak aku buat je la apa yang sempat..huhu
insyaALLAH..moga dipermudahkan..

(mood merancang)

lalalala,,

 





Selasa, 2 April 2013

Jalan Makin Terang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah..itulah kalimah keramat bagiku..
Di saat-saat penghabisan minggu terakhir sebelum cuti midsem..kami di'hadiahkan' dengan berbagai tugasan..al maklumlah..pelajar kerjanya belajar..tugasan perlu ada untuk menambahkan ilmu yang sedia ada..

Alhamdulillah..dengan bantuan lecturer subjek HCD aku sem lepas,(memandai je aku ajak kawan jumpa doc) aku telah mendapat tajuk yang akhirnya dimodify  olehnya untuk kebaikanku. Beliau meminta aku emailkan research questions bagi merangka research proposal.. Alhamdulillah.. my topic is
The Strategic of Career Development among Employees
 Kami dinasihatkan memilih tajuk berdasarkan minat. Bukan aku tidak berminat untuk membuat kajian dalam bidang dakwah, tetapi inilah azamku semasa semester 2 dulu, ingin membuat kajian dalam bidang pengurusan. Ini semua adalah ekoran daripada seorang lecturer dari bidang pegurusan, cara beliau mengajar amat menarik perhatian kami. Aku terus jatuh minat pada bidang yang baru aku ceburi dan terus aku tanam..bajai dan siram minat ini..alhamdulillah..
 Pada akhir semester ini kami perlu menghantar research proposal..dan yang menyedihkan kami adalah supervisor..buat masa ini kami belum mendapat supervisor..kemuingkinan akhir semester ini or semester depan dapat, sedihkan? fakulti lain ada yang dah dapat.. Paling menyedihkan jika kami mendapat supervisor yang majornya dalam b.arab, kami perlu tukar tajuk dan semestinya perlu menyediakan research proposal sekali lagi.. 
Aku berdoa agar SVku adalah  lecturer HCDku.. Aaamiin..

Alhamdulillah..selepas berfikir dan sabar..aku akhirya 85% siap assignment untuk madah firaq Islamiah(individual assignment).. Antara 5 tajuk yang diberi, aku memilih untuk membuat mengenai tokoh muktazilah, iaitu Wasil bin Ata'..bukan aku tidak mahu mengambil tokoh ahli sunnah wal jamaah, tetapi sengaja aku mencabar diri untuk belajar mengenai perkara yang amat sedikit pengetahuanku mengenai itu. 1 page je lagi tak siap..he3 penat dah karang dan taip dalam b.arab..tukar assignment dalam Bi plak..he3 Nasib baik hari ni tak de class dan pagi2 lagi dan on laptop..he3

3/4..adalah kali ke-2 aku dan ahli kumpulan membuat presention.. Petang ni kami akan berjumpa dengan tutor untuk meminta pendapat beliau mengenai slide yang telah kami sediakan..jika perlu dibaiki kami perlu teruskan..almaklumlah..belajar kan.. kali ini kami akan membentangkan mengenai cara penyebaran agama Islam..dan kami adalah first group..perbentangan ini adalah untuk madah Gerakan Misionari Semasa..dalam madah ini kami belajar bagaimana agama lain disebarkan..semasa tutorial juga ustaz banyak membincangkan mengenai cara agama Kristian disebarkan..
Tahukah kalian bahawa agama Islam adalah agama ke-2 terbesar? dikepalaku bermain persoalan kenapa agma Islam adalah agama kedua terbesar sedangkan dulu Islam pernah menakluki 2/3 dunia..rupa2nya banyak dakyah yang disampaikan secara halus..

Oklah..lain kali plak sambung mengedit blog..nak sambung wat assignment..kali ni apa plak? Hmm..membaca jurnal2 or bahan2 untuk dijadikan literature review..ahaks..

Mentari Makin Memancarkan Cahayanya..





 

Bicara Khalifah